Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua?mengira hari, menanti kehadiran Ramadhan..ahlan wasahlan..8 hari lagi..mari sibukkan diri menyucikan jiwa agar ramadhan yang bakal datang terasa manisnya :)
Sebelum itu ingin dikongsikan sebuah entri berkisar 'cinta ibu bapa'..moga bermanfaat..insya Allah :)
Kehidupan sehari-hari berlalu dengan penuh ujian Ilahi untuk mengukur sejauh mana ketaatan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Ku pohon agar hidup ini ditempuhi dengan pedoman tarbiyah dariNya..Kehidupan yang lepas dijadikan pengajaran, lompang-lompang dalam diri dijadikan sempadan untuk memperbaiki diri..Diri oh diri..
Semakin hari semakin mencabar,mengenangkan kesibukan diri memohon agar Allah swt sentiasa memelihara hati-hati kita agar sentiasa dibasahi Nur KasihNya. Semoga sentiasa dalam peliharaan Ilahi.. Kami mohon padaMu Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam mencari keredhaanMU agar tenang langkah ini bergerak sesusah mana pun ujianMU.
Baru pulang dari umah...rindu rasanya, setelah sekian lama tak pulang...syahdu melihat wajah ayah dan ibu, mengenangkan pengorbanan mereka, betapa sayangnya mereka kepada kita...subhanallah Allah swt Yang Maha Mengetahui...Perasaan yang wujud dek sebab izinNya...menggerakkan jari jemari ini menghasilkan sebuah karya untuk parents-parents kita di rumah yang insya Allah tak putus doa mereka untuk kita...
CINTA Ibu Bapa..satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui mereka lah kita berpeluang merasai hidup di alam dunia ini, masih ingat sewaktu kita masih kecil bagaimana mereka memanjakan kita? mungkin kita xberapa ingat kan...tetapi apabila melihat bagaimana mak n bapak melayani cucu mereka...syahdu lak, mesti dulu masa kecik pun mereka bermain begini dengan kita. Berpikir lagi, melalui mereka jugalah kita dihantar ke sekolah yang baik-baik, tuisyen, dengan dorongan merekalah kita rajin menelaah pelajaran sehingga mencapai kejayaan suatu ketika dahulu...masih ingat?? Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.
Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.
Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.
Riwayat Al-Tirmizi
Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).Al- Ahqaf: 15
Ya Allah kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...sambungkan hati-hati mereka kepada taliMu Ya Allah agar mereka bisa merasai kelazatan nikmat iman ini Ya Allah, merasai anugerah Islam dan Ihsan dengan sepenuh hati. Mereka banyak berkorban untuk kami, sehingga tidak meminta walau setitik balasan pun. begitu dahsyat keikhlasan hati seorang ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak mereka.
"Jika di amati ayat surah Al-Ahqaf di atas betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tidak di kira lagi karenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah AKHLAK yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa." ( sepotong rangkap diambil dari seorang sabahat)
Mereka adalah amanah Allah untuk kita...Tidak pernah mereka merungut membesarkan kita.Kerana itu mengukir kegembiraan di hati mereka...
Tetapi mungkin pernah jika kita tidak dapat mengurangkan beban mereka...pikir balik...tak mampukah kita sebagai anak untuk itu?Jom berusaha kearah itu...Ingin dikongsikan sepotong rangkap yang terbaca di layar internet..
"Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH swt juga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. "
Mari kita teliti Firman Allah swt dibawah :
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).Al-Isra’: 23
Moga ayat ini mampu menguatkan rasa gerun kita terhadap layanan standard yang diarahkan oleh Yang Maha Esa agar dapt kita praktikkan...
"Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya."
Sesibuk mana pun kita, hanya ingatan Tulus kepadaNya yang bisa memandu hidup ini..Tidak lupa menDoakanlah ibu bapa kita selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu. Moga dengan kesenangan parents kita bisa memudahkan hidup kita dengan izinNya...Ukirkanlah senyuman di wajah, kesenangan dan kegembiraan di hati mereka..Selalu..insya Allah..moga dimudahkan..ameen^_^
by suha huriyah
by suha huriyah
hargailah mereka selagi mana Allah mengurniakan nikmat itu untuk kita..nice said..
ReplyDelete