Showing posts with label Aktiviti Akhawat Manipal. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Akhawat Manipal. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

Anda Bijak Jauhi Zina :)

Salamu'alaik semua.

Alhamdulillah,semalam ,sebahagian dari kami diberi kesempatan beramah mesra dengan adik-adik di Raudhatus Sakinah.

ketibaan kami disambut oleh Al-Mulk,dan segera tidur -supaya segar untuk Qiyamullail.yup,Qiyamullail.
di RS,qiyamullail adalah aktiviti harian bukan macam kita (tukang taip ni,dan yang sewaktu dengannya),di mana qiyamullail menjadi aktiviti bulanan atau mungkin tahunan.hurm~

anda tahu apa itu RS? (saya 'tampalkan' pamphlet RS kat sini ye~)



ingin tahu lebih?


jazakallah 

ANDA BIJAK JAUHI ZINA


p/s: sila klik gambar untuk besarkan gambar .(setiap klik,iA ada pahala~) ^^

Monday, May 16, 2011

Qiyam Sister 2011

let's do qiyamullail~

a brief srory from a brother (i think) who found peace in tahajjud.masha Allah,indeed the middle of the night is the best time to supplicate.

to all sisters in manipal-let's attend Qiyam Sisters 2011 ,see u there~

Friday, April 15, 2011

bowling !!

Salamu'alaik.

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah :)

jom kita sambung cerita tajmi' adik2 23 .^^

24/03/11
tempat : MITC bowling centre

aktiviti : maen bowling-->makan--> borak-borak -->penyampaian hadiah kepada pemenang~

peserta2 bowling~
bersedia memilih bola.hoho
jom baling eh,salah:jom bowling!
walaupun xde strike atau spare,kami tetap gembira! lalala~
champ-pi-on~
dah,sampai situ saje.
insya'Allah,tunggu post untuk aktiviti laen pulak.
ukhwah fillah,abadan abada .ameen. (ya Allah kami pohon dengan sangat untuk ukhwah ini)
(hugs)

Wednesday, April 13, 2011

Tajmi' Batch 23

Salamu'alaik.

Alhamdulillah,atas segala nikmat yang masih Allah pinjamkan kepada kita semua.:)

Alhamdulillah,atas kelapangan masa dan wang ringgit,Allah telah menjadikan cita-cita dan plan tajmi' untuk adik-adik 23 berjalan dengan lancar.Alhamdulillah!

22/03/11
Sisters In Action (SIA)
Lokasi : Rumah Dr.Mai (jzkk)
ketibaan adik2 batch 23 (ahlan wasahlan~)

 halaqah selepas solat maghrib

makan dan sesi ramah mesra (jgn sampai makan bersepah-sepah sudahla~)

sesi tayangan video-brief intro kehidupan di melaka 

Alhamdulillah!

Demi masa
sesungguhnya manusia dalam kerugian
kecuali yang beriman dan mengerjakan kebajikan 
yang berpesan pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran 
Al-Asr : 1-3

bersambung~ ^^

Tuesday, February 15, 2011

Sejarah Usrah

Sejarah usrah.
Alhamdulillah,atas izin Allah taala,hujung minggu lepas telah berlansung daurah –Sejarah Usrah.
Talk tersebut telah dimulai dengan arahan Allah supaya berpesan-pesan dengan 3 perkara:

  1. berpesan-pesan dengan kebenaran (Al-Asr)
  2. berpesan-pesan dengan kesabaran (Al-Asr)
  3. berpesan-pesan dengan kasih sayang (Al-Balad:12)

seterusnya,tugas2 dai'e=tugas2 Rasulullullah s.a.w.(2:151;3:164;62:2)
tugas2nya adalah:

  1. membacakan ayat2 Al-Quran
  2. menyucikan
  3. mengajarkan Al-Quran dan hikmah
kemudian-kaitkan 3 perkataan ni: usrah,tarbiyah dan dakwah :)
penerangan yang diberi;

  1. usrah adalah aktiviti pentarbiyahan
  2. tarbiyah pula-boleh difahami sebagai proses pembentukan seorang individu sehingga individu tersebut merasa Allah itu Tuhan ,keperluan berjihad dijalanNya dan kewujudan syurga dan neraka seperti telah melaluinya (percaya dengan sungguh2)
  3. dakwah - (41:33;16:25) - bermaksud menyeru kepada Allah,Amal soleh dan didefinisikan sebagai jalan Allah.
seterusnya pentarbiyahan memerlukan kepada beberapa elemen2 asas iaitu:
  1. murabbi (pentarbiyah)
  2. mutarabbi (individu yang ditarbiyah)
  3. manhaj tarbiyah (sistem2 tarbiyah)
kejayaan sesuatu tarbiyah itu nanti,akan dinilai dengan amal.(actions speak louder than words)

cita-cita tertinggi dakwah adalah melahirkan individu yang berjaya mempunyai 10 muwasafat tarbiyah seperti yang dimudahkan oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna:

p/s: Salam Maulidur Rasul 1432 H.




Sunday, October 10, 2010

Welcome Home Batch 22..(^^,)

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Batch 22 telah selamat mendaftarkan diri di kampus Melaka 2 minggu yang lepas. Terpancar muka yang excited dan semangat berkobar-kobar di muka adik-adik. Seperti biasa, beberapa aktiviti telah dijalankan sempena meraikan kedatangan mereka. Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada Hawariyyun, Saifunnisa, Badar 313, dan core group Batch 21..

Aktiviti Pertama (22 September 2010)


Pada malam itu, senior dan junior berpeluang untuk berkongsi pengalaman tentang perjalanan kehidupan di kampus Melaka. Senior juga tidak melepaskan peluang bertanyakan khabar bumi Manipal yang dirindui. Di samping itu, juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lodeh, dan lain-lain lagi dihidangkan sebagai alas perut. Masa berjalan dengan begitu pantas. Lucky draw  dan sesi gambar beramai-ramai telah dilakukan sebagai penutup tirai malam itu..

Cenderahati yang comel..(**,)


Aktiviti 2 (24 September 2010)
Bowling time! Senior dan junior telah berganding bahu di dalam kumpulan masing-masing untuk meraih gelaran juara. Hehe, semua peserta kelihatan berpulun untuk melakukan 'strike'. Walaupun kepenatan ber posting di sesi pagi, senyuman masih terukir  di wajah mereka..
Semangat senior dan junior..(~,^)
Aktiviti 3 (29 September 2010)
Aktiviti yang paling digemari iaitu makan ikan bakar di Sungai Duyung yang merupakan makanan popular di negeri Melaka. Alhamdulillah, makanan pada malam itu sungguh enak sehingga menjilat jari. Huhu..
Sangat sedap..(^^,)
P/s : Aktivit seterusnya akan dijalankan tidak lama lagi. Diharap adik-adik dapat menyertainya nanti. Hope to meet you guys soon, insyaAllah..=)


60vus4eva

Thursday, August 12, 2010

Saturday, July 3, 2010

Qiyaam Akhawwat~Agar Bidadari Syurga Mencemburuimu^_^

Puisi Aisyah Humaira


Tundukkan wajah kalian, renungkan hikmah pelajaran,

Menelusuri jauh ke dalam sirah silam yang tak pernah lapuk dek zaman,

Dilimpahi keimanan, disirami wahyu,

Aromanya semerbak dari barat ke timur.

Dia,

Wanita yang amat dicintai Rasulullah,

Menyusu ketulusan dari kedua orang tuanya,

Menyantap hidangan wahyu atas meja kenabian,

Dialah, wanita yang suci dan disucikan dari atas 7 lapis langit,

Aisyah Humaira’.


Ayahnya Abu Bakar, ibunya Ummu Rumman,

Mewarisi kecerdikan dan kebesaran jiwa yang dimiliki bondanya,

Lahirnya ketika setahun selepas kerasulan baginda,

Dari keluarga terhormat yang kemuliaannya tercatat sepanjang masa.


Dunia berputar, saling mengisi,

Melengkapi satu dengan yang lain,

Tanpa yang satu, takkan ada yang lain,

Kisah cinta agung antara kekasih Allah, dan kekasihnya,

Satu-satunya gadis yang dinikahi Nabi.

Tatkala Jibril membawa gambarnya didalam mimpi,

Dialah isteri..duniawi , ukhrawi..


Menyinari ruang gelap hati, membawa cahaya mulai bersemi,

Menebar aroma syurgawi,

*apalah sangat cinta Qais kepada Laila,

Apatah lagi cinta Shah Jahan pada isterinya. Taj Mahal tidak bisa membuktikan segalanya.*

Kisah cinta Nabi dan Humaira penuh barakah,

Diasuh dididik penuh hikmah, walaupun masih kecil saat usia pernikahannya.


[Aisyah] “Aku menemani perjalanan kekasih Allah. Saat itu aku masih kecil dan tubuhku masih ramping. Tiba-tiba, Rasulullah berkata pada para sahabat di sekitarnya, “Majulah..Majulah..”

Mereka pun berjalan dengan lebih cepat dan laju. Kemudian, baginda berkata kepadaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita lumba lari!” Kami pun berlumba dan aku mendahului baginda.


Cukup lama baginda tidak mengungkit kejadian itu, hingga suatu masa ketika tubuhku sudah agak berisi. Dia berkata padaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita berlumba lari!” Kami pun berlumba, tapi kali ini baginda mendahuluiku. Baginda tampak tersenyum, lalu berkata,”Sekarang kita seri, kemenanganku saat ini membalas kekalahanku dahulu”


Azan menerpa sayup bergema,

Aisyah punya kelebihan tidak terkala, Bisa saja menimbulkan cemburu nista,

Namun, itulah istimewanya humaira, matang dalam meniti usia,

Menjadi isteri solehah, rela bersama hatta di bawah pelepah kurma dan batu bata, beralaskan kulit binatang tidurnya singgahsana,

Namun rencahnya sabar dan menerima,

Redha Allah mengiringi di lembayung rumahtangga.


Setelah 6 tahun menjadi seorang isteri, dugaan datang Allah menguji,

Menemani Rasulullah ketika menuju ke medan perang menentang Bani Mushtaliq,

Pulang bersama cahaya kemenangan,

Tersirat bersama kisah kedukaan-petunjuk tersirat dari Sang Khaliq.


Tatkala pulang menuju Madinah,

Kalung tercicir tak siapa sedar,

Tinggalnya Aisyah berlitup kesepian,

Datanglah Safwan menghulur bantuan.


Sambutan derita menikam jiwa,

Aisyah sakit 37 hari lamanya,

Dituduh fitnah berkhalwat dengan pejuang agama,


Hah! Itulah seorang munafik,Abdullah bin Ubay, punya angkara!!

Mereka telah melakukan perkara yang keji ya Rasulullah!!!


Sang suami mendengar penuh teliti,

Apakah dusta yang diada-adakan ini??


Kesedihan menyelubung segenap jiwa,

Ya Allah! Beratnya badai yang melanda!!

Gagahnya sang suami cuba menutupi kesedihan yang diterima,

Dengan sabar dan penuh redha,

Sekali-kali tidak percaya pada tuduhan al-ifki,

Betapa didamba petunjuk dari Ilahi,

Demi membersihkan isteri yang disayangi.


Hancur hatinya berlalu pergi, membawa sakit luluh di hati,

Kerumah bonda membawa diri,

Menunggu ketetapan Allah menghapus duka yang meliputi.


Berkata rasulullah

“Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku berita buruk itu. Maka jika engkau bersih, Allah pasti akan membersihkan engkau. Tetapi, jika engkau telah berdosa, mohon ampunlah pada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. “


Ucapan itu umpama petir menyambar di hati Aisyah.

“Jawablah apa yang dikatakan Rasulullah itu ,ayah.”

“Demi Allah,Ayah tidak dapat memberi jawapan pada Rasulullah, wahai Aisyah.”

“Jawablah perkataan Rasulullah itu ibu?”

“Demi Allah, ibu tidak dapat memberi apa-apa jawapan pada Rasulullah, anakku”.{ummu rumman}


Aisyah kecewa. Air matanya membasahi pipinya.. Berpaling dari Rasulullah, dalam keesakan tangisan yang semakin mendayu..

“Demi Allah! Aku tidak akan bertaubat tentang apa yang kau katakan itu, wahai Rasulullah! Demi Allah , sekiranya aku mengakui apa yang telah diperkatakan orang kepadaku, namun Allah tahu aku suci.

Tapi kalau aku menafikannya, Kamu semua tidak akan percaya! Namun aku hanya akan mengatakan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaaqub iaitu aku akan bersabar kerana kesabaran itu adalah sesuatu yang baik dan Allah jualah tempat memohon bantuan dan pertolongan untuk mengatasi sesuatu yang dikatakan kepadaku.”

Tika saat semua orang belum berganjak dari tempat duduknya,ketika itu jugalah Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah. Kelihatan baginda seperti menerima beban yang sangat berat sehingga butir-butir keringatnya jatuh bercucuran seperti mutiara, kerana beratnya proses penerimaan wahyu yang diturunkan kepadanya.

Selepas itu, Rasulullah membuka matanya sambil tersenyum,

“Bergembiralah wahai Aisyah. Allah telah menurunkan wahyunya dan membersihkan engkau dari tuduhan tersebut.”

“Aisyah, bangunlah, hampiri suamimu” {ummu rumman}

“Demi Allah. Aku tidak mahu berdiri kepadanya dan tidak akan memuji selain dari Allah yang telah menurunkan pernyataan membersihkan diriku.”

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong (Al-Ifk) itu adalah dari golongan kamu juga, janganlah kamu menyangka berita bohong itu buruk bagi kamu, tetapi ia adalah baik untuk kamu. Setiap mereka akan mendapat balasan dari dosa yang mereka lakukan. Sesiapa diantara mereka yang mengambil terbesar dalam menyebarkan berita bohong itu akan dapat baginya azab yang pedih.[annur:11]

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la`nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.[annur:23]



Lihatlah!

Dia tidak pernah menjangka Allah akan menurunkan ayat al-Quran untuknya.

Memberi kesaksian atas kesuciannya!

Perancangan Allah yang Maha Hebat memberi 1000 makna,

Mengkehendaki Aisyah dan seisinya meningkatkan ubudiyah mereka kpd Dia,

Alhamdulillah!

Nikmatnya terasa sempurna setelah kefakiran dan harapan yang tinggi kepada Ya Rahman!

Kebergantungan mutlak yang menyucikan!


Wahyu yang turun bagaikan hujan di tengah musim kering,

Bahananya sangat indah, luar biasa pada perasaan..

Ternyata fitnah yang dilemparkan ibarat isu-isu kosong,

Yang pasti mustahil menodai wanita penghuni syurga ini,

Dialah ibunda kita, Aisyah al-humaira.
Kisah aisyah yang penuh hikmah. Moga bisa menyelinap ke seluruh ruang lingkup hati dan darah kita,mengalir semangat merindui para anbiya, merindui Nabi dan ahli keluarganya, biar ikhlas laju menderu, disampaikan penuh teliti dari kalbu, agar bisa menyentak hati yang mendengar. Niat kita hanya satu, agar setiap dari yang hadir, merasai untuk strive jadi bidadari syurga di negeri abadi.

[copyright reserve: hawariyun production exclusive]

p/s: Biar bicara dari hati menyentuh hati agar bisa menyantuni pendengar disetiap tutur budi & laku...tidak hilang sekilas khabar sampai di telinga semata...insyaAllah...moga barakah disusuri...ameen^_^

Pentomin Mavi Marmara 2010

~mavi marmara will always be a lagend of all time :)~

Congratulation to brothers & sisters of Melaka Campus, Melaka Manipal Medical College (MMMC) upon the very sincere performance on MAVI MARMARA. Wonderful effort made by the team members upon bringing up this EYE OPENING EVENT to our dear college and people outside. Exclusively, special congratulation to project director Ukhti Hani Shahanom and all the krew members, as they won FIRST PLACE in the Talentime Show, Lagenda 2010, MMMC held on Wednesday Night, 30 June 2010.


Alhamdulillah.. With the help of The Almighty plus prayes from everyone & sheer spirit between the team members, we won FIRST PLACE in the Talentime Show 2010, Melaka Campus. Hoping every audience, including our beloved Dean, Prof Razak, wonderful lecturers, staff, and dear friends , take heed from the show and grab the hidden message inside it -->“Gaze Will Never Go Down” addressing to the viewers the misery of our fellow brother and sisters in Palestine right now.


Palestine will always vivid in hearts . A GLOBAL ISSUE to be rise upon to everybody who cares regardless of any religion/race or anything which may put us apart. May God Bless us all. Their suffering will not go by waste as it made us all know what is actually happening to them there. Hoping it will always stay as focal point for our fight & acknowledging their suffering the most least…if only that we can do slightest as a fellow human being. God’s Willing, InsyaAllah.


Genuine applause to all ikhwah & akhawwat for willingnest in participating, assisting in conveying this EYE OPENING EVENT to our cherished college...May God Bless Everybody. God’s Willing, InsyaAllah.

                                                     Mavi marmara the making….



                                                               Peaceful Palestin in 1948….

All started in 1948….their freedom being stolen…

Effort By all the World on Rising Mavi Marmara…the Aid Flotilla…humanitary aid to our fellow friends in Gaza…
                                     

                   Peaceful morning during the Fajr prayer just before being attacked by the Israeli Army…

Being Attacked Mercilessly….


   

Attacked on the Humanitarian Aid Flotilla….


Audience of MMMC Hostel Day 2010…

Our Leader of Demonstration…

 

Demonstrator showing their concern to what happening to our fellow Palestinians


Song Dedicated to members of MMMC Hall, We Will Not Go Down By Akhi Hafiz

Dean, Prof Razak, Dedicated Lectures n fellow MMMC Faculty Members…


Ikwah & Akhawwat Manipal...
 

Team Demonstrators...

                                     



reported by khair & suhahuriyah

Tuesday, June 29, 2010

Doing our part - Solidarity Demonstration for LL4G

When i first read about the demonstration, i straight away told myself that it's impossible coz i have class,it was 2 days prior to the demo. That night i read the news on MV Rachel Corrie, the ship that continued to sail to Gaza in spite of Israel's attack on Gaza aid flotilla. That ship is named after a 23-year-old U.S. peace activist who was crushed to death in 2003 by an American-built bulldozer operated by the Israeli army. I clicked on a link to an interview with Rachel Corrie
2 days b4 she was murdered. After watching that video i was like... what am i doing here, looking around my comfortable room feeling totally useless. i should do more for Palestine.

The day before the demo, further details of the demo was published on fb. This time there's a strong desire inside me wanting to join it. I always condemn the Arabs for not doing enough for Palestine. Now there's sth that i can do and not doing it makes me feel like the Arabs. Alhamdulillah i have a friend with similar thought to accompany me. we decided to go. it was a difficult decision to make.

We had to consider a lot of things. Attendance, missing class, our parents, giving others the wrong idea that we care less about our studies, the risk of getting caught and losing our scholarships and bla... bla...bla...Even after considering all that i was still with my stand to go coz solidarity seems to be a more important issue at the moment.


we asked permission from our parents late that evening. i had a difficult time getting the permission but i got it in the end, not a solid one though. we adjusted a few things with related friends so that everything can be done as scheduled in our absence.

On the day of the demo, i got sms fr my parents. that morning asking me to change plan bcoz the demonstration is illegal, no permit. I just couldn't be bothered by the sms, i was so determined to go. I called my mom, telling her that we'll act smart, we'll go away if 'ade bende2 pelik jadi' and how important joining this to me and bla...bla...bla... My mom mmg tak bagi, she was very upset but i told her that we're going, pray for us. frankly speaking i don't know whether it's ok to go against my mom like that but continuing wit da plan made me feel better.

we set off from our college in melaka at around 8 am ,reached kl around 10.30, had breakfast, parked the car at my house and walk to lrt taman melati.At around 12.15 we were already wandering around lrt ampang park looking for tabung haji. At first we were like nape xde org pun kat tabung haji ni. rupenye kitorg kat bahagian belakang. kat depan org boleh kira ramaila. we each bought a mafla and enjoy tgk macam2 org kat situ.




Around 12.45 akhawat started to walk to surau PNB for solat zohor. time ni dah mule bermesra dgn akhawat lain. saya amat terharu dgn sorg makcik ni yang pegi toilet sekali. dia tunggu sume org sudah n gerak sekali back to surau smbl taaruf dgn semua. mane nak cari situation camni? dahla tak kenal. this is the power of ukhuwwah. i love it.

i'd been feeling a little unwell since reaching kl. mase kat surau makin teruk pulak. after solat, we walked back to tabung haji, on da way ade kedai, i bought myself potato bun n panadol. kat tabung haji, org tgh dgr khutbah. i ate my bun and took 2 tablets of panadol hoping i'd be fine for da demo. around 1.50 org mula solat.



At around 2, the crowds started to gather in front of tabung haji. at first takut jugak, dah la ade polis. tp tgk ramai2 turun jd semangat balik and so i joined the crowd.









while the crowds were gathering in front of tabung haji fliers on list of things to boycott was distributed. drinking water were also being passed around. then we started walking. Ikhwah first followed by akhawat. i was so scared of being separated from my friend. dah la kitorg berdua je. other people mostly datang ramai2.

i was so happy to see many people around. it felt great to be a part of the demonstration.



creative demonstrators made their own stuff for the demonstration. i like this one. mini mavi marmara



the policemen near the US embassy were equipped with shield and long stick.


Si comel pun boleh tahan mase demo ni. duk tgh jln tu tibe2 dgr dis one cute little gal said "ala tak aci", sebab banner org lain besar, tenggelamkan bendera palestin yg die lukis atas some paper that if i'm not mistaken smaller than A4 paper. then the girl membebel apetah, sgt cute. the mother pujuk die saying ' takpe2, Allah nampak. nak ambil her pic tp tak sempat. these r few pics of si comel lain yg smpt amik. saya termalu sendiri tgk kanak2 ni sbb diorg lg semangat. saya tak wat poster pun... dahla nak dtg pun fikir byk kali...





There was also a helicopter flying around. take pics kot...




alhamdulillah i was fine throughout the procession. another wonderful experience there was jumpe org yg dah kenal as well as kenal org baru.


we took lrt back to tmn melati around 3.30. i called my mom to tell her that we r safe. she's no longer upset,alhamdulillah. traffic was congested while driving out of kl n to seremban. We reached our college around 8pm. so 8am-8pm-almost 12hrs. The journey was really tiring n risky too not forgetting i took another 2 tab of panadol on the way back coz my temperature went up again. but it's nothing compared to what the palestinians r facing. all in all, it was absolutely a worthwhile experience.


from hani shahanom
 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates