Tuesday, February 15, 2011

Sejarah Usrah

Sejarah usrah.
Alhamdulillah,atas izin Allah taala,hujung minggu lepas telah berlansung daurah –Sejarah Usrah.
Talk tersebut telah dimulai dengan arahan Allah supaya berpesan-pesan dengan 3 perkara:

  1. berpesan-pesan dengan kebenaran (Al-Asr)
  2. berpesan-pesan dengan kesabaran (Al-Asr)
  3. berpesan-pesan dengan kasih sayang (Al-Balad:12)

seterusnya,tugas2 dai'e=tugas2 Rasulullullah s.a.w.(2:151;3:164;62:2)
tugas2nya adalah:

  1. membacakan ayat2 Al-Quran
  2. menyucikan
  3. mengajarkan Al-Quran dan hikmah
kemudian-kaitkan 3 perkataan ni: usrah,tarbiyah dan dakwah :)
penerangan yang diberi;

  1. usrah adalah aktiviti pentarbiyahan
  2. tarbiyah pula-boleh difahami sebagai proses pembentukan seorang individu sehingga individu tersebut merasa Allah itu Tuhan ,keperluan berjihad dijalanNya dan kewujudan syurga dan neraka seperti telah melaluinya (percaya dengan sungguh2)
  3. dakwah - (41:33;16:25) - bermaksud menyeru kepada Allah,Amal soleh dan didefinisikan sebagai jalan Allah.
seterusnya pentarbiyahan memerlukan kepada beberapa elemen2 asas iaitu:
  1. murabbi (pentarbiyah)
  2. mutarabbi (individu yang ditarbiyah)
  3. manhaj tarbiyah (sistem2 tarbiyah)
kejayaan sesuatu tarbiyah itu nanti,akan dinilai dengan amal.(actions speak louder than words)

cita-cita tertinggi dakwah adalah melahirkan individu yang berjaya mempunyai 10 muwasafat tarbiyah seperti yang dimudahkan oleh Asy-Syahid Hasan Al-Banna:

p/s: Salam Maulidur Rasul 1432 H.




No comments:

Post a Comment

 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates