Showing posts with label palestine. Show all posts
Showing posts with label palestine. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Palestin Tetap Di Hati^_^

Untukmu PALESTIN..

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..




Sudah agak lama tidak kedengaran suara-suara yang melaungkan kata-kata semangat memperjuangkan kebebasan bumi Palestin. Tidak lama dahulu bunyinya seperti puting beliung yang bisa memusnahkan apa sahaja disekitarnya tetapi kalau dilihat kini impaknya hanya seperti angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, sekadar memberi sentuhan luaran yang mendodoi manusia ke arah kelalaian.

Begitulah realiti kehidupan seorang manusia, mudah alpa apabila tidak diingatkan dan mudah bersikap sambil lewa apabila terlampau sibuk dengan hal-hal duniawi. Menjadi kewajiban kepada setiap inidividu Islam untuk mengambil tahu hal-hal saudara mereka. Ana mengambil kesempatan ini untuk saling ingat-mengingati di antara kita semua, juga untuk diri ana yang semakin hari semakin sibuk dengan hal duniawi.

Allah berfirman,
"Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."
(al-Asr:3)

Ustaz Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya bahawa kita diberi beberapa cara untuk membantu saudara kita di Palestin. Di antaranya ialah:
  • Bantuan tenaga dan diri; pergilah ke medan Palestin, sama ada untuk memberi bantuan kemanusian, perubatan, psikologi, atau sebagainya.
  • Bantuan harta; bagi yang tidak mampu pergi ke sana, sumbanglah bantuan kewangan mahupun pakaian.
Alhamdulillah, ana dan beberapa orang sahabat telah menjadi sukarelawan Aqsa Syarif di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad untuk menjual beberapa produk bertemakan Palestin, di mana hasil jualan akan disalurkan terus kepada saudara di Palestin. Terima kasih kepada Kak Sumayyah yang telah memberi peluang kepada kami untuk sama-sama membantu saudara kita yang memerlukan di sana.

"Tabung Keluarga Miskin Palestin" dan "Tabung Anak-anak Yatim Palestin" juga terdapat di sini di mana orang ramai boleh menderma sambil menjalin hubungan serta mendapat maklumat-maklumat terkini tentang keluarga atau anak yatim di sana, yang mana wang mereka telah disalurkan kepada mereka. Maklumat lanjut tentang Aqsa Syarif boleh didapati daripada http://aqsasyarif.com/

Antara barangan yang dijual ialah:



Badge "I Love Palestine"


T-shirt, buku, mug, beg, stickers, dan pen


Chocholate bar










Para pelajar khusyuk membaca artikel mengenai Palestin


Info mengenai Palestin


Barangan yang perlu diboikot



  • Solat hajat; sama ada secara bersendirian ataupun berjemaah.
  • Ceramah dan pameran; sama ada di peringkat sekolah, universiti, negara, dan antarabangsa.
  • Penulisan; dengan menulis di blog, ruangan akhbar untuk memberi kesedaran kepada manusia sejagat.
  • Boikot; barangan-barangan yang memberi sumbangan paling besar kepada Yahudi.
  • Doa; kita juga boleh meneruskan pembacaan Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu.


Doa Qunut Nazilah




Usah dirasakan usaha kita sangat kerdil. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebuah hadis qudsi ada menyebut;


أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Yang bermaksud, Allah menyebut: Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim).


Mari kita munasabah diri kita sendiri sambil berfikir adakah kita sudah melakukannya dan apakah cara-cara lain yang mungkin boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di bumi itu agar Palestin bebas satu hari ini, insyaAllah. Allahuakbar!!

Dedicating to the visitors...click here...
Palestine, always in our heart..

by amza :)


Saturday, July 3, 2010

Pentomin Mavi Marmara 2010

~mavi marmara will always be a lagend of all time :)~

Congratulation to brothers & sisters of Melaka Campus, Melaka Manipal Medical College (MMMC) upon the very sincere performance on MAVI MARMARA. Wonderful effort made by the team members upon bringing up this EYE OPENING EVENT to our dear college and people outside. Exclusively, special congratulation to project director Ukhti Hani Shahanom and all the krew members, as they won FIRST PLACE in the Talentime Show, Lagenda 2010, MMMC held on Wednesday Night, 30 June 2010.


Alhamdulillah.. With the help of The Almighty plus prayes from everyone & sheer spirit between the team members, we won FIRST PLACE in the Talentime Show 2010, Melaka Campus. Hoping every audience, including our beloved Dean, Prof Razak, wonderful lecturers, staff, and dear friends , take heed from the show and grab the hidden message inside it -->“Gaze Will Never Go Down” addressing to the viewers the misery of our fellow brother and sisters in Palestine right now.


Palestine will always vivid in hearts . A GLOBAL ISSUE to be rise upon to everybody who cares regardless of any religion/race or anything which may put us apart. May God Bless us all. Their suffering will not go by waste as it made us all know what is actually happening to them there. Hoping it will always stay as focal point for our fight & acknowledging their suffering the most least…if only that we can do slightest as a fellow human being. God’s Willing, InsyaAllah.


Genuine applause to all ikhwah & akhawwat for willingnest in participating, assisting in conveying this EYE OPENING EVENT to our cherished college...May God Bless Everybody. God’s Willing, InsyaAllah.

                                                     Mavi marmara the making….



                                                               Peaceful Palestin in 1948….

All started in 1948….their freedom being stolen…

Effort By all the World on Rising Mavi Marmara…the Aid Flotilla…humanitary aid to our fellow friends in Gaza…
                                     

                   Peaceful morning during the Fajr prayer just before being attacked by the Israeli Army…

Being Attacked Mercilessly….


   

Attacked on the Humanitarian Aid Flotilla….


Audience of MMMC Hostel Day 2010…

Our Leader of Demonstration…

 

Demonstrator showing their concern to what happening to our fellow Palestinians


Song Dedicated to members of MMMC Hall, We Will Not Go Down By Akhi Hafiz

Dean, Prof Razak, Dedicated Lectures n fellow MMMC Faculty Members…


Ikwah & Akhawwat Manipal...
 

Team Demonstrators...

                                     



reported by khair & suhahuriyah

Thursday, April 15, 2010

Sharing Is Caring - Want To Be An Excellent Muslim Doctor??

A Talk By Dr Zainal & Dr Maimunah

Assalamualaikum wbt. 
Satu program "sharing is caring" telah diadakan di Pejabat JIM pada 3 April 2010 jam 2.30 hingga  5.00 petang. Seramai 46 muslimat dan 8 muslimin telah menghadirkan diri diwakili dari batch senior dan junior, batch 17, 18, 19, 20 dan 21. Bertujuan semata-mata mengukuhkan ikatan silaturrahim antara batch-batch di MMMC. Insya-Allah...Ameen...

Sepanjang talk, intipati yang ditekankan ialah ukhuwwah rabbaniah, di mana Islam itu kuat kerana persaudaraan yang kuat dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Yang Maha Esa. Asasnya demi mencari keredhaanNya. Di mana, kita sedia maklum bahawa majlis ilmu adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti. Sebagaimana yang diajarkan kepada kita agar menjadi antara empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya :

    "Di manakah orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku, yang saling duduk kerana-Ku dan saling nasihat menasihati kerana-Ku, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku..”.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada talk yang diberikan ialah EXCELLENT nyer kite adalah bergantung kepada izin ALLAH SWT atas usaha dan keringat yang kita taburkan demi mencapai kejayaan dan kegemilangan tersebut. Allah s.w.t telah mencipta umat Islam umat yang cemerlang kerana ukhuwwah yang tulus kerana-Nya dan doa sekalian hambaNya yang menginginkan pertolonganNya disamping usaha, strategi dan tawakkal kepada-Nya. Seperti firman Allah dalam surah An-Nasr:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat. "

Moga sekalian para Malaikat telah datang memberikan rahmat kepada mereka yang telah menghadirinya dan  berkat dari Allah SWT disusuli sepanjang zaman. Iinsya-Allah.. Ameen..^_^
Remember : The COLORS (excellence) are from the ALLAH THE ALMIGHTY. Grab it by performing your duty to Allah. InsyaAllah...Ameen ^_^ 


Pamplet promosi program:



 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates