Saturday, June 25, 2011

Ramadhan makin dekat

Salamu'alaik semua.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallah hal adzim :)

Ramadhan makin tiba kan? mesti semua sedar dan tahu kita sekarang dah berada di Rejab,dan dah nak habis dah pun bulan Rejab ni.

selepas Rejab,Sya'ban dan kemudian Ramadhan!! yeay!! bulan yang ada seluas-luasnya lapangan untuk upgrade diri dan mengumpul pahala beribu-ribu lemon,mungkin berjuta-juta pahala~ *bahagia*

ok,kena buat persiapan sebelum Ramadhan tiba.
perubahan kan susah ,tapi xmustahilkan.
jom sama2 berubah ke arah yang lebih baik.

macam ni,apa kata kita semua,ajak diri kita untuk berubah setiap hari,gantikan amalan yang kurang baek,dengan yang lebih baek .

mula2 set target dulu,tulisla sikit kat mana2.
contohnya: kalau selama ni,kita suka 'terlambat' sikit solat,jom kita gantikan dengan awalkan sikit solat kita. maka,kita tulis nota untuk diri kita macam ni:
Alhamdulillah,hari ni saya solat awal waktu

(instead of tulis saya akan..,gantikan dengan saya sudah..-supaya subconcious mind kita akan rasa macam dah biasa buat dah pun,solat pada awal waktu,semoga dengan itu,iA,lagi mudahlah kita nak solat awal waktu )

kalau selama ni,kita makan selalu terlupa nak baca Bismillah,jom hari ni,kita baca Bismillah waktu nak mula makan.
maka kita tulis nota untuk diri kita sebagai: Alhamdulillah,saya makan dimulakan dengan Bismillah. :)

Alhamdulillah,saya sangat suka membaca Al-Quran,dan setiap hari saya membacanya.Alhamdulillah!
begitulah adanya.selamat berusaha!
ya Allah temukanlah kami dengan Ramadhan tahun ini,dan jadikanlah Ramadhan yang akan datang nanti,Ramadhan yang terbaik buat kami,ameen.:)

salam.
jaa ne~

Saturday, June 18, 2011

T.A.U.B.A.T

Salamu'alaik semua,

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar
La haula wala quwataillabillah hil 'aliyyil 'azim. :)

semoga semua sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah.

taubat,mesti ramai dah biasa dengar kan?
bagusla,Alhamdulillah kalau dah biasa dengar.
tapi,adakah kita biasa buat?

Allah SWT menggalakkan kita agar SELALU BERTAUBAT:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (QS. Al Baqarah: 222).
Dan dalam penjelasan tentang keluasan ampunan Allah SWT dan rahmat-Nya bagi orang-orang yang bertaubat. Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dalam melakukan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

mashaAllah,bukankah ni,berita baik buat kita semua.
pintu taubat,Allah buka seluas-luasnya.
apalagi,JOM TAUBAT!

bagaimana?
1) Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.
2) Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3) Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4) Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

selamat bertaubat!  :)

Wednesday, June 15, 2011

Mr Husnuzon & Mr Suuzon :)

Saikin..(mksd die satu dua hari yang lepas, bukan 12) ada saja perkara yang menyebabkanmr.husnuzon kerap menjelmakan dirinya. Sememangnya mr.husnuzon lebih baik dan lebih lagi perlu ada di mana sahaja kita berada. Bawalah mr.husnuzon setiap masa dan ke mana jua kita pergi serta di mana jua kita berada.
Mr.husnuzon(ni nama pendek dia a.k.a nama glamour) atau dapat dikenali denganmr.baik sangka(ni nama panjang dia) sememangnya berkadar songsang dengan mr.suuzon(nama pendek a.k.a nama glamour) juga nama panjangnya mr.buruk sangka.Nama diorang dalam english pun ada juga(banyak tul nama).Ini nama dorang mr.husnuzon sebagai encik think positive dan mr.suuzon sebagai encik think negative.
“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).
Mr.husnuzon penting untuk melawan mr.suuzon, musuh ketatnya turun-temurun semenjak zaman nenek moyang mereka dahulu kala lagi, memang tidak dapat dinafikan lagi. Perlu bawa mr. husnuzon supaya mr.suuzon tidak dapat menjelmakan dirinya kerana tidak berjaya untuk survive bagi menjamin kewujudan dirinya. Mr.suuzon ini selalu buat kita rasa Mr A, Mr B, Mr T, Mr Z, Mr C, Mr M macam ini macam itu…selalu fikir bukan-bukan.. etc. Yang parahnya mr. suuzon ni selalu buat kenyataan yang tidak berasas.Itu yang bahaya tu..
Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: “Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [24:12]
Mr.husnuzon penting kerana bila munculnya mr.suuzon, pelbagai/bermacam-macam perkara tidak baik boleh berlaku. Apabila mr.husnuzon menjelmakan dirinya keamanan, kedamaian, ketenangan dan sebagainya perkara yang baik dapat dijelmakan. Tambah pula, apabila mr.suuzon muncul dosa juga datang sama kepada kita. Nauzubillah. Sebagai contoh, walaupun kedapatan manusia yang melakukan kebaikan mahupun keburukan kepada kita, yang penting kita haruslah sentiasa berbaik sangka kepadanya kerana seperti firman Allah:
Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. [49:12]
Moga kita sentiasa membawa mr.husnuzon di mana, ke mana, bilamana jua kita berada. Mr.husnuzon, mr.husnuzon lagi, lagi-lagi mr.husnuzon,…, mr.husnuzon (infiniti).You’ll never walk alone mr.husnuzon.(pinjam lagu liverpool jap).
Sabda baginda salallahualaihiwasalam “ Janganlah kamu mati melainkan berada dalam keadaan husnul zon dengan Allah swt” (hadith Sahih riwayat Muslim, Ahmad dan Baihaqi).

Sunday, June 12, 2011

Kebaikan & Dosa

Salamu'alaik semua.

Subhanallah wa bihamdihi
Subhanallahal adzim :)

selalu kita terperangkap antara melakukan yang baik dengan yang tak baik
lagi-lagi kalau kita xtahu @ xpasti mana yang baik membawa pahala & mana yang jahat membawa dosa,kan?
(xtaula korang,saya adala mengalami masalah ni~)
Daripada al-Nawwas bin Sam'an r.a.:
Aku bertanya kepada Nabi s.a.w tentang kebaikan dan dosa,lalu Baginda menjawab:
"Kebaikan adalah akhlak yang baik,manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya"
(Riwayat Muslim)
mudah,kan?
semoga lepas ni,Allah mudahkan kita semua membuat keputusan dalam kehidupan seharian kita .
sekian. :)

selamat meraikan ketibaan Rejab.
Allahumma bariklana fi Rajaba wa Sya'ban wa balighna Ramadhan.ameen. 

Monday, June 6, 2011

Perhatikan makananmu ~nyum



Salamu'alaik semua.
ada satu cerita nak share :


Satu hari, Saad Bin Abi Waqas meminta didoakan daripada Nabi agar dimakbulkan doanya, dan Nabi bersabda: 
"Hai Saad perbaiki makananmu tentu doamu akan dikabulkan, demi zat yang jiwa Muhammad dikekuasaanNya, sesungguhnya hamba yang memasukkan makanan haram di mulutnya (sampai dalam perut) tidak akan diterima amalnya 40 hari. Dan mana saja hamba yang dagingnya tumbuh dari barang haram maka neraka lebih utama baginya." (H.R. Tabrani)
 dan,lepas tu,sepertimana sahabat2 Rasulullah s.a.w yang lain,Said bin Abi Waqas mengikuti nasihat Rasulullah.
dan setelah tu,setiap doa Said bin Abi Waqas dimakbulkan Allah .:)


selamat menjaga makanan kita :)
 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates