Monday, January 24, 2011

Aku Seorang Musafir

Salamun'alaik buat semua.:)

Coretan seorang remaja berusia 15 tahun untuk kita yang sudah 'berusia' merenungkan erti hidup ini..


AKU SEORANG MUSAFIR...

     Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Aku ibarat seorang musafir yang berehat di sebuah pohon lalu meninggalkannya...

Maka, saya lantas termenung seketika. Setelah mempraktikkan diri sebagai seorang musafir yang berehat di atas muka bumiNya, sukar benar rasanya.

Di sini ingin saya pinjam fikiran saudara untuk berimaginasi seketika. 

Cuba bayangkan saudara sedang bermusafir di tempat orang (bumi Allah).

Tiada apa yang dibawa. Menumpang di rumah orang untuk berehat. Pasti kita akan menjaga adab sebaik mungkin supaya nampak molek pada pandangan tuan rumah sehingga mahu ke tandas perlu meminta izin. Dan kita sebagai seorang yang musafir, pasti merindui kampung halaman. Dalam bermusafir kita akan singgah ke mana-mana kedai cenderahati untuk dibawa pulang hadiah bagi orang di kampung halaman. Tentu tidak dilupakan buah tangan untuk tuan rumah yang menumpangkan kita. Habis kurang pun, kita berkhidmat sedikit sebagai tanda  penghargaan. 

JADI SEBAGAI KESIMPULAN: 
  • Kita sebagai hamba Allah berehat sebentar di bumiNya sebelum kebali ke tempat asal kita.
  • Kita harus menjaga akhlak dan batas-batas syariatNya di muka bumiNya.
  • Kita mesti berkhidmat semampu daya di bumiNya kerana Rasulullah bersabda: "Paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak bermanfaat."
  • Kita harus merindui kematian kerana Rasulullah bersabda: "Orang yang paling bijak di antara kamu ialah mereka yang mengingati mati dan menyediakan bekal untuknya."     
  • Kita harus menyediakan bekal untuk menghadapNya.
  • Meninggalkan kebaikan di tempat berehat sebelum pulang kepadaNya
        Jadi jelas di sini pendekatan yang Rasulullah gunakan dalam hadisnya sangat sesuai untuk diaplikasikan sebagai seorang hamba. Juga sebagai cara membuang rasa takabbur dengan meletakkan Allah S.W.T di hadapan dan tidak cuba untuk menandinginya. 

     Jika Rasulullah menggunakan perkataan "aku ibarat seorang sultan" atau " aku ibarat seorang pejuang" pasti ada rasa takabbur dan zalim kerana tidak meletakkan diri kita sebagai seorang hamba di tempatnya. 

         Sampai di sini saja mampu saya coretkan. Semoga dapat dipertimbangkan.

" Islam is based on learning the din and acting on it"  (Syaikh Hamza)...


Assalamualaikum.
-Dai'e Rangers-

No comments:

Post a Comment

 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates