Saturday, July 31, 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan^_^

Assalamualaikum..


Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Ramadhan al-Mubarak bakal menjelma tidak lama lagi. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Lirik lagu: Harapan Ramadhan
Oleh: Raihan dan Man Bai.


Firman Allah:

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dan yang batil. Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah..."
(al-Baqarah:185)


Nur KasihMu, Mendamai Di Hati :)
Countdown 10 days more...mengemis kasihNya...

Click ini...moga mendamaikan kalbu...insya Allah...

by amza

Palestin Tetap Di Hati^_^

Untukmu PALESTIN..

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..




Sudah agak lama tidak kedengaran suara-suara yang melaungkan kata-kata semangat memperjuangkan kebebasan bumi Palestin. Tidak lama dahulu bunyinya seperti puting beliung yang bisa memusnahkan apa sahaja disekitarnya tetapi kalau dilihat kini impaknya hanya seperti angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, sekadar memberi sentuhan luaran yang mendodoi manusia ke arah kelalaian.

Begitulah realiti kehidupan seorang manusia, mudah alpa apabila tidak diingatkan dan mudah bersikap sambil lewa apabila terlampau sibuk dengan hal-hal duniawi. Menjadi kewajiban kepada setiap inidividu Islam untuk mengambil tahu hal-hal saudara mereka. Ana mengambil kesempatan ini untuk saling ingat-mengingati di antara kita semua, juga untuk diri ana yang semakin hari semakin sibuk dengan hal duniawi.

Allah berfirman,
"Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."
(al-Asr:3)

Ustaz Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya bahawa kita diberi beberapa cara untuk membantu saudara kita di Palestin. Di antaranya ialah:
  • Bantuan tenaga dan diri; pergilah ke medan Palestin, sama ada untuk memberi bantuan kemanusian, perubatan, psikologi, atau sebagainya.
  • Bantuan harta; bagi yang tidak mampu pergi ke sana, sumbanglah bantuan kewangan mahupun pakaian.
Alhamdulillah, ana dan beberapa orang sahabat telah menjadi sukarelawan Aqsa Syarif di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad untuk menjual beberapa produk bertemakan Palestin, di mana hasil jualan akan disalurkan terus kepada saudara di Palestin. Terima kasih kepada Kak Sumayyah yang telah memberi peluang kepada kami untuk sama-sama membantu saudara kita yang memerlukan di sana.

"Tabung Keluarga Miskin Palestin" dan "Tabung Anak-anak Yatim Palestin" juga terdapat di sini di mana orang ramai boleh menderma sambil menjalin hubungan serta mendapat maklumat-maklumat terkini tentang keluarga atau anak yatim di sana, yang mana wang mereka telah disalurkan kepada mereka. Maklumat lanjut tentang Aqsa Syarif boleh didapati daripada http://aqsasyarif.com/

Antara barangan yang dijual ialah:



Badge "I Love Palestine"


T-shirt, buku, mug, beg, stickers, dan pen


Chocholate bar










Para pelajar khusyuk membaca artikel mengenai Palestin


Info mengenai Palestin


Barangan yang perlu diboikot



  • Solat hajat; sama ada secara bersendirian ataupun berjemaah.
  • Ceramah dan pameran; sama ada di peringkat sekolah, universiti, negara, dan antarabangsa.
  • Penulisan; dengan menulis di blog, ruangan akhbar untuk memberi kesedaran kepada manusia sejagat.
  • Boikot; barangan-barangan yang memberi sumbangan paling besar kepada Yahudi.
  • Doa; kita juga boleh meneruskan pembacaan Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu.


Doa Qunut Nazilah




Usah dirasakan usaha kita sangat kerdil. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

Sebuah hadis qudsi ada menyebut;


أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Yang bermaksud, Allah menyebut: Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim).


Mari kita munasabah diri kita sendiri sambil berfikir adakah kita sudah melakukannya dan apakah cara-cara lain yang mungkin boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di bumi itu agar Palestin bebas satu hari ini, insyaAllah. Allahuakbar!!

Dedicating to the visitors...click here...
Palestine, always in our heart..

by amza :)


Friday, July 16, 2010

~husnuzzon~

Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua?moga sihat2 belaka....buat rakan2 yang nak exam...all d best...aja2 fighting !! :) ingin di sini berkongsi sebuah entri yang dipetik dari blog sahabat...moga bermanfaat...insha-Allah...

~conversation pg td bsama tman2 seposting....and tringat balik puisi ni...peringatan buat diri yg mudah alpa~



Bersangka baiklah kita....

Ada prasangka yang baik...

Ada prasangka yg buruk...

Org beribadah disangka riak...

Org bersungguh disangka nak menang....
Org yg rileks disangka malas...

Org bbaju baru disangka menunjuk....

Org bbaju buruk disangka hina...

Org byk makan disangka pelahap...

Org makan sikit disangka berdiet....

Org baik disangka buruk...

Org buruk disangka baik....

Org yg senyum disangka mengejek...

Org yg masam disangka merajuk...

Org yg bermuzakarah disangka mengumpat...

Org yg menawan disangka memakai susuk...



Manalah tahu....

Yg diam itu kerana berzikir kepada Allah...

Yg senyum itu kerana sedekah...

Yg masam itu kerana mengenang dosa...

Yg menawan itu kerana bersih hati dan mindanya....

Yg ceria itu kerana cerdik dan cergasnya...

Yg bersungguh itu kerana mengejar redha Ilahi...

Maka....

Jauhilah sikap suka berprasangka...


Hanyalah ia memusnahkan ukhwah..

Seperti musnahnya kayu dimakan api....



Al Hujurat 49:12

berusahalah kita mencantikkan hati....hati yg bersih dan murni itu mudah menerima hidayah dan kasih syg Allah....tidaklah Allah melihat pd wajah,tp yg Allah lihat adalah pd hati2 hmbany....^_^

click link ini :)
http://www.youtube.com/watch?v=9kxKHPfpWgU&feature=related

  


hati hati jaga hati...hee=)
 
 
by khazinatul asrar

Thursday, July 8, 2010

Hakikat Bahagia

assalamualaikum,

Selesai sudah end posting test for ENT, alhamdulillah....tetapi masih ramai lagi sisters yang belum habis exam...gud luck to all of them...all the best.chaiyok2 :) Kepada kakak2yang nak final 4th year exam...lebih banyak cabaran kan...apa2 pun moga kita sentiasa dilindungi dan diberi semangat oleh Ilahi untuk teruskan perjuangan ini..insyaAllah~

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila susah tiada gelisah

Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman

Ketahuilah dengan mengingati Allah

Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran

Bila kaya jadi insan pemurah

Bila berkuasa amanah

Bila berjaya tidak alpa

Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu

Adalah ketenangan

Bila hati mengingati Tuhan

 -Hakikat Bahagia-UNIC-

~dipetik dari sistersCzech :)~


p/s: moga bisa menyegarkan hati kita tatkala sibuk menguruskan kehidupan seharian,menyuburkan cita2 meraih redha Ilahi dalam diri...insyaAllah :)

suhahuriyah

Monday, July 5, 2010

exam tips

Bismillahirahmanirahim

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar

=)
Exam nak dekat kan? Maka, saya nak kongsi tips exam.
Suka sangat dengan tips ini yang telah diambil daripada blog sistersLesta. 
Moga bermanfaat untuk semua.
Bittaufiq wannajah!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Exam tips untuk adik2

Salam wbt adik-adik..
Exam masing-masing nampaknya makin mendekat. Lub dubb lub dubb [berdebar2] Ha,, dalam sibuk2 kita mengulangkaji dan menghafal pelajaran2, jangan kita terus lupa tanggungjawab kita dalam mentarbiyah diri kita ye~
Adik-adik nak tahu tak, betapa besarnya hikmah exams di sebalik ke-stress-an(mungkin) yg nampak pada zahirnya. Utk yang medic, mungkin dah tak larat nak menghafal setiap muscle yang ada dekat setiap lower limb tu. Gracilis la, sartorius la, compartment syndromela… Untuk yg physics, mungkin dah tak larat dah nak solve equation maths/physics yg banyak2 tu.. (tapi bole nye insyaAllah ;) , kite yakin dgn korg! )
Tapi kan, betapa hebatnya kasih sayang Allah pada hamba-Nya, di setiap saat dia takkan lupa pada kita. Dan dengan itu, turun lah ujian. Dan kali ini, nampaknya ujian yang Allah turunkan adalah dalam bentuk exams. Tapi, ketahuilah, pertolongan Allah itu sangat dekat. Dan ayat-ayat cinta kita iaitu Al-Quran pun ada menyebut....”Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..” 2:214
Dengan syarat, kita betul-betul berusaha, kita betul-betul berdoa padaNya, dan kita betul-betul berserah/tawakal padaNya.
Seharusnya, makin dekat dengan exams, makin kita rapat dengan Allah, kerana pada Dia saja kita meminta untuk dipermudahkan urusan study kita. Kerana kita tahu bahawa segala ilmu di dunia ini milik Allah lah semata-mata, dan jika Dia tidak izinkan kita mendapatkannya, maka kita tak mungkin akan dapat ilmu itu.. Banyakkan berdoa, bersolat hajat dan solat malam dan banyaklah merintih pada Allah dengan air mata, agar diperkenankan doa kita..
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu..”40:60
Ha, Allah dah suruh kita minta padanya tu, dan dah janji Dia akan perkenankan. Subhanallah, Baik nya Tuhan kita~
Jadi, mintalah agar Allah mempermudahkan segalanya, agar diberkati ilmu yang Dia kurniakan pada kita, agar Dia menjadikan kita pelajar2 muslim yang cemerlang supaya satu hari nanti 
kita dapat membina ummah ini dengan kejayaan cemerlang kita.. Nasib ummah kita ada di tangan kita~
Belajar lah kerana Allah, belajarlah sampai dah tak larat nak belajar lagi dah, belajarlah sampai mata kita terkeluar dari soketnya (hyperbola sikit), dan mintalah agar usaha kita yang sungguh-sungguh itu akan Allah hadiahkan dengan hadiah yang paling indah sekali, iaitu Jannatul Firdausi. Sesungguhnya itulah dia kejayaan yang paling tinggi sekali..bukannya pengiktirafan dari manusia ataupun sesiapa sahaja..
Belajarlah kerana mengejar syurga-Nya, belajar lah kerana mengejar RedhaNya, and insyaAllah you will succeed..
Di bawah ni ada tips2 exam from a sister, semoga bermanfaat!
Dlm kesibukan antum membuat persediaan utk peperiksaan yg mendtg, ana ingin memberi sedikit tips utk antum…- Islamic version :-)
1. Doa2 penting utk dibaca : Rabbi zidni ‘ilma, warazukni fahma (Ya tuhanku, tambahkan padaku ilmu, dan rezekikan ku/berikan ku kefahaman) – then kena yakin la bhw Allah akan memakbulkan permintaan antum ni.
2. Tambahan doa : Ya Allah ajarkan ku apa2 yg aku tidak tahu, dan ingatkan apa2 yg aku lupa
3. Very very important to also realize bhw setiap ilmu yg dtg kpd antum adalah dr Allah swt dan dgn izin Nya semata2, tidak lain dan tidak bukan… ie rasa kehambaan di sisi Allah swt. Maka also very important to be thankful to Him for every single ilm/ideas etc that comes your way because that is indeed a nikmah from Allah swt… and insha Allah if you do that, then be sure that He will increase it even more… Remember the ayah number 7 from Surah Ibrahim : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah kpdmu, tetapi jika kamu mengingkari, maka pasti azabKu sgt berat”.
4. Make sure antum juga buat t/table on what to cover n to finish by when, n try to be disciplined in attaining that. Pastu bila dah capai target tu, treat yourself to s/thing nice, like reading/replying emails for 1/2 hr ke (kena make sure u restrict yourself to a certain time limit of enjoyment juga!! taknak terbawa2 pulak ke berjam2) or alternatively treating yourself to a bowl of ice-cream… yum2… :-)
5. Setelah ber doa, doa dan doa, usaha, usaha dan usaha (bagai nak rak) maka jgn lupa bertawakal, bertawakal dan bertawakal.. . After working so hard, tapi o/come tidak seperti yg diharapkan then yakinlah bhw semua tu adalah atas kehendakNya dan semestinya ada hikmah disebalik itu. Remember the hadith… “How amazing is the affair of the Muslim! His affairs are all good. If he experiences ease, he is grateful, and that is good for him. If he experiences hardship, he faces it with patience and perseverance, and that is also good for him” (Bukhari)
 Salam ulangkaji utk adik2 semua..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Moga Allah permudahkan segala urusan sahabat2 semua, termasuk adik-adik di manipal.

-audah-

Saturday, July 3, 2010

Jiwa Mencari Fitrah^_^

assalamualaikum...
Tetiba jiwa ini terdetik untuk berkata-kata, ia sangat syahdu ingin meluahkan sesuatu...pasni baru tenang leh buat kerja lain...insyaAllah...exam ari khamis, 5 case sheet kene hantar hari selasa...moga dimudahkan urusan...

Sebenarnya jiwa ini fitrahnya tenang. Beruntung jiwa-jiwa yang tenang dan dipilih olehNya untuk tenang apabila mengingati Yang Haq.Subhanallah. Jiwa sememangnya mengidamkan untuk sujud kepada Pencipta...cumenye pemilik jiwa sudi atau tidak?berusaha atau tidak memenuhi fitrah itu...sama-sama muhasabah diri...tak percaya cube try...

nak tahu macam mana kene byk join program muhasabah diri, pelajari taktik pastu leh praktik sendiri...baru balik dari prog bersama adik-adik form 5 sebenarnye, something cought my attention. Bagaimana ustad berjaya mengusik hati mereka untuk menangis mengingati Allah swt. Hanya dengan kalimah Allah, Allah, Allah...merintih menangis bebudak nih...terharu... Asalanyer budak2 nih...boleh tahan jugak kenakalan mereka...sempat kenal telatah mereka semasa aktiviti di check point 1 : sifat ihsan :)kelakar :) Juga dimaklumkan oleh ustad bahawa statistik pelajar menunaikan solat fardhu di seluruh malaysia berada pada tahap yang sangat kritikal...apabila melihat mereka ini solat jemaah setiap solat fardhu plus Qiyam lagi...Maha Suci Allah...semoga dengan sertai program sebegini mereka rasa indah solat jemaah itu...indah caturan Allah...apabila jiwa mereka dipilih untuk disentuh...menangis mereka di slot muhasabah diri...moga cahaya Allah sentiasa bersinar di hati mereka sepanjang hayat dikandung badan...ameen...


Fitrah jiwa kiter sebenarnye ialah ia boleh dibentuk/dididik...insyaAllah...Nak tenang pun kene didik tau...jangan main2, bukan main belasah jer...Firman Allah swt dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :






“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.(Surah Al-Ra‘ad: 28)


Didik jiwa untuk sentiasa zikir kepada Ilahi merupakan usaha yang tidak terkira manfaatnya...Apabila melihat anak kecil pun boleh senyap khusyuk mendengar zikir...pasti tertanya-tanya akan nikmat keindahannya sehingga ia tidak bisa diucapkan melalui kata-kata...it cant be describe by words. Ketenangan sejati yang bertapak di hati. Kadang rasa berat...tapi percaya lah tiada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan semata...Mereka yakin dengan firman Allah swt yang tafsirnya :






“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Agama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)



Jiwa kita sebenarnya boleh dididik, iaitu apabila melaksanakan perintah Allah, ia harus terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada Allah swt, dari sebuah Pemilik Cinta Hakiki yang sekali lagi tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata...Masha Allah...Ia boleh membawa hati yang tenang. Hal ini ditegaskan oleh Firman Allah swt berbunyi :







“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”(Surah Al-Zariat: 56)


ketenangan hati itu diperoleh apabila diisi dengan keperluan asasinya iaitu iman, keyakinan kepada Pemilik Cinta Agung...Allah swt...hiburan yang indah...ini akan melahirkan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah swt. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Yang Maha Esam Pemilik sekalian Alam Buana. Firman Allah swt tafsirnya :







“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.(Surah Yunus: 6)



Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah saw yang bermaksudnya:

“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :





“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.(Surah Al-Hajj: 35)





Ketika ini juga saudara seagama kita sedang dianayai oleh puak Zionis laknatullah...

Moga tidak putus doa kita untuk mereka...ameen...sesungguhnya doa itu senjata...the ultimate senjata mengatasi senjata kianat puak zionis...insyaAllah...Sebagaimana Firman Allah swt :

"Ketika orang-orang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliyah, maka Allah menurunkan ketenangan kepada orang-orang mukmin dan (Allah) mewajibkan kepada mereka tetap taat kepada kalimat taqwa dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"



Just a few second ago dapat msg dari rakan berbunyi :

"PEMIMPIN HIZBULLAH, SYED HASSAN NSRALLAH MINTA SUME MUSLIM UNTUK MEMBACA SURAH AL-FATH AYAT 26-27,SURAH YUNUS AYAT 85,86, 88...TOLONG SEBARKAN AGAR ZIONIS HANCUR...

FORWARD SLURUH UMAT ISLAM..SAUDARA SEAGAMA TELAH DIKEPONG TNGGU MASA

UNTK DSEMBELIH"....wallahualam...





...Sesungguhnya kepada Allah kita dikembalikan...

Moga seluruh umat Islam mendapat yang terbaik dari Allah swt...segala sesuatu yang berlaku merupakan tarbiyah terbaik dari Yang Maha Esa...ameen...wallahualam

suhahuriyah

Qiyaam Akhawwat~Agar Bidadari Syurga Mencemburuimu^_^

Puisi Aisyah Humaira


Tundukkan wajah kalian, renungkan hikmah pelajaran,

Menelusuri jauh ke dalam sirah silam yang tak pernah lapuk dek zaman,

Dilimpahi keimanan, disirami wahyu,

Aromanya semerbak dari barat ke timur.

Dia,

Wanita yang amat dicintai Rasulullah,

Menyusu ketulusan dari kedua orang tuanya,

Menyantap hidangan wahyu atas meja kenabian,

Dialah, wanita yang suci dan disucikan dari atas 7 lapis langit,

Aisyah Humaira’.


Ayahnya Abu Bakar, ibunya Ummu Rumman,

Mewarisi kecerdikan dan kebesaran jiwa yang dimiliki bondanya,

Lahirnya ketika setahun selepas kerasulan baginda,

Dari keluarga terhormat yang kemuliaannya tercatat sepanjang masa.


Dunia berputar, saling mengisi,

Melengkapi satu dengan yang lain,

Tanpa yang satu, takkan ada yang lain,

Kisah cinta agung antara kekasih Allah, dan kekasihnya,

Satu-satunya gadis yang dinikahi Nabi.

Tatkala Jibril membawa gambarnya didalam mimpi,

Dialah isteri..duniawi , ukhrawi..


Menyinari ruang gelap hati, membawa cahaya mulai bersemi,

Menebar aroma syurgawi,

*apalah sangat cinta Qais kepada Laila,

Apatah lagi cinta Shah Jahan pada isterinya. Taj Mahal tidak bisa membuktikan segalanya.*

Kisah cinta Nabi dan Humaira penuh barakah,

Diasuh dididik penuh hikmah, walaupun masih kecil saat usia pernikahannya.


[Aisyah] “Aku menemani perjalanan kekasih Allah. Saat itu aku masih kecil dan tubuhku masih ramping. Tiba-tiba, Rasulullah berkata pada para sahabat di sekitarnya, “Majulah..Majulah..”

Mereka pun berjalan dengan lebih cepat dan laju. Kemudian, baginda berkata kepadaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita lumba lari!” Kami pun berlumba dan aku mendahului baginda.


Cukup lama baginda tidak mengungkit kejadian itu, hingga suatu masa ketika tubuhku sudah agak berisi. Dia berkata padaku, “ Hai Aisyah, ayuh kita berlumba lari!” Kami pun berlumba, tapi kali ini baginda mendahuluiku. Baginda tampak tersenyum, lalu berkata,”Sekarang kita seri, kemenanganku saat ini membalas kekalahanku dahulu”


Azan menerpa sayup bergema,

Aisyah punya kelebihan tidak terkala, Bisa saja menimbulkan cemburu nista,

Namun, itulah istimewanya humaira, matang dalam meniti usia,

Menjadi isteri solehah, rela bersama hatta di bawah pelepah kurma dan batu bata, beralaskan kulit binatang tidurnya singgahsana,

Namun rencahnya sabar dan menerima,

Redha Allah mengiringi di lembayung rumahtangga.


Setelah 6 tahun menjadi seorang isteri, dugaan datang Allah menguji,

Menemani Rasulullah ketika menuju ke medan perang menentang Bani Mushtaliq,

Pulang bersama cahaya kemenangan,

Tersirat bersama kisah kedukaan-petunjuk tersirat dari Sang Khaliq.


Tatkala pulang menuju Madinah,

Kalung tercicir tak siapa sedar,

Tinggalnya Aisyah berlitup kesepian,

Datanglah Safwan menghulur bantuan.


Sambutan derita menikam jiwa,

Aisyah sakit 37 hari lamanya,

Dituduh fitnah berkhalwat dengan pejuang agama,


Hah! Itulah seorang munafik,Abdullah bin Ubay, punya angkara!!

Mereka telah melakukan perkara yang keji ya Rasulullah!!!


Sang suami mendengar penuh teliti,

Apakah dusta yang diada-adakan ini??


Kesedihan menyelubung segenap jiwa,

Ya Allah! Beratnya badai yang melanda!!

Gagahnya sang suami cuba menutupi kesedihan yang diterima,

Dengan sabar dan penuh redha,

Sekali-kali tidak percaya pada tuduhan al-ifki,

Betapa didamba petunjuk dari Ilahi,

Demi membersihkan isteri yang disayangi.


Hancur hatinya berlalu pergi, membawa sakit luluh di hati,

Kerumah bonda membawa diri,

Menunggu ketetapan Allah menghapus duka yang meliputi.


Berkata rasulullah

“Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku berita buruk itu. Maka jika engkau bersih, Allah pasti akan membersihkan engkau. Tetapi, jika engkau telah berdosa, mohon ampunlah pada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. “


Ucapan itu umpama petir menyambar di hati Aisyah.

“Jawablah apa yang dikatakan Rasulullah itu ,ayah.”

“Demi Allah,Ayah tidak dapat memberi jawapan pada Rasulullah, wahai Aisyah.”

“Jawablah perkataan Rasulullah itu ibu?”

“Demi Allah, ibu tidak dapat memberi apa-apa jawapan pada Rasulullah, anakku”.{ummu rumman}


Aisyah kecewa. Air matanya membasahi pipinya.. Berpaling dari Rasulullah, dalam keesakan tangisan yang semakin mendayu..

“Demi Allah! Aku tidak akan bertaubat tentang apa yang kau katakan itu, wahai Rasulullah! Demi Allah , sekiranya aku mengakui apa yang telah diperkatakan orang kepadaku, namun Allah tahu aku suci.

Tapi kalau aku menafikannya, Kamu semua tidak akan percaya! Namun aku hanya akan mengatakan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Yaaqub iaitu aku akan bersabar kerana kesabaran itu adalah sesuatu yang baik dan Allah jualah tempat memohon bantuan dan pertolongan untuk mengatasi sesuatu yang dikatakan kepadaku.”

Tika saat semua orang belum berganjak dari tempat duduknya,ketika itu jugalah Allah telah menurunkan wahyu kepada Rasulullah. Kelihatan baginda seperti menerima beban yang sangat berat sehingga butir-butir keringatnya jatuh bercucuran seperti mutiara, kerana beratnya proses penerimaan wahyu yang diturunkan kepadanya.

Selepas itu, Rasulullah membuka matanya sambil tersenyum,

“Bergembiralah wahai Aisyah. Allah telah menurunkan wahyunya dan membersihkan engkau dari tuduhan tersebut.”

“Aisyah, bangunlah, hampiri suamimu” {ummu rumman}

“Demi Allah. Aku tidak mahu berdiri kepadanya dan tidak akan memuji selain dari Allah yang telah menurunkan pernyataan membersihkan diriku.”

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong (Al-Ifk) itu adalah dari golongan kamu juga, janganlah kamu menyangka berita bohong itu buruk bagi kamu, tetapi ia adalah baik untuk kamu. Setiap mereka akan mendapat balasan dari dosa yang mereka lakukan. Sesiapa diantara mereka yang mengambil terbesar dalam menyebarkan berita bohong itu akan dapat baginya azab yang pedih.[annur:11]

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la`nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.[annur:23]



Lihatlah!

Dia tidak pernah menjangka Allah akan menurunkan ayat al-Quran untuknya.

Memberi kesaksian atas kesuciannya!

Perancangan Allah yang Maha Hebat memberi 1000 makna,

Mengkehendaki Aisyah dan seisinya meningkatkan ubudiyah mereka kpd Dia,

Alhamdulillah!

Nikmatnya terasa sempurna setelah kefakiran dan harapan yang tinggi kepada Ya Rahman!

Kebergantungan mutlak yang menyucikan!


Wahyu yang turun bagaikan hujan di tengah musim kering,

Bahananya sangat indah, luar biasa pada perasaan..

Ternyata fitnah yang dilemparkan ibarat isu-isu kosong,

Yang pasti mustahil menodai wanita penghuni syurga ini,

Dialah ibunda kita, Aisyah al-humaira.
Kisah aisyah yang penuh hikmah. Moga bisa menyelinap ke seluruh ruang lingkup hati dan darah kita,mengalir semangat merindui para anbiya, merindui Nabi dan ahli keluarganya, biar ikhlas laju menderu, disampaikan penuh teliti dari kalbu, agar bisa menyentak hati yang mendengar. Niat kita hanya satu, agar setiap dari yang hadir, merasai untuk strive jadi bidadari syurga di negeri abadi.

[copyright reserve: hawariyun production exclusive]

p/s: Biar bicara dari hati menyentuh hati agar bisa menyantuni pendengar disetiap tutur budi & laku...tidak hilang sekilas khabar sampai di telinga semata...insyaAllah...moga barakah disusuri...ameen^_^

Pentomin Mavi Marmara 2010

~mavi marmara will always be a lagend of all time :)~

Congratulation to brothers & sisters of Melaka Campus, Melaka Manipal Medical College (MMMC) upon the very sincere performance on MAVI MARMARA. Wonderful effort made by the team members upon bringing up this EYE OPENING EVENT to our dear college and people outside. Exclusively, special congratulation to project director Ukhti Hani Shahanom and all the krew members, as they won FIRST PLACE in the Talentime Show, Lagenda 2010, MMMC held on Wednesday Night, 30 June 2010.


Alhamdulillah.. With the help of The Almighty plus prayes from everyone & sheer spirit between the team members, we won FIRST PLACE in the Talentime Show 2010, Melaka Campus. Hoping every audience, including our beloved Dean, Prof Razak, wonderful lecturers, staff, and dear friends , take heed from the show and grab the hidden message inside it -->“Gaze Will Never Go Down” addressing to the viewers the misery of our fellow brother and sisters in Palestine right now.


Palestine will always vivid in hearts . A GLOBAL ISSUE to be rise upon to everybody who cares regardless of any religion/race or anything which may put us apart. May God Bless us all. Their suffering will not go by waste as it made us all know what is actually happening to them there. Hoping it will always stay as focal point for our fight & acknowledging their suffering the most least…if only that we can do slightest as a fellow human being. God’s Willing, InsyaAllah.


Genuine applause to all ikhwah & akhawwat for willingnest in participating, assisting in conveying this EYE OPENING EVENT to our cherished college...May God Bless Everybody. God’s Willing, InsyaAllah.

                                                     Mavi marmara the making….



                                                               Peaceful Palestin in 1948….

All started in 1948….their freedom being stolen…

Effort By all the World on Rising Mavi Marmara…the Aid Flotilla…humanitary aid to our fellow friends in Gaza…
                                     

                   Peaceful morning during the Fajr prayer just before being attacked by the Israeli Army…

Being Attacked Mercilessly….


   

Attacked on the Humanitarian Aid Flotilla….


Audience of MMMC Hostel Day 2010…

Our Leader of Demonstration…

 

Demonstrator showing their concern to what happening to our fellow Palestinians


Song Dedicated to members of MMMC Hall, We Will Not Go Down By Akhi Hafiz

Dean, Prof Razak, Dedicated Lectures n fellow MMMC Faculty Members…


Ikwah & Akhawwat Manipal...
 

Team Demonstrators...

                                     



reported by khair & suhahuriyah
 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates