Saturday, October 30, 2010

Kekuatan Tempatnya di Hati

Kekuatan adalah kerja hati dan tiada sesuatupun yang dapat menguasai hati seorang manusia setelah Allah yang menguasai pemiliknya. Sebagaimana burung-burung yang terbang tinggi di angkasaraya dengan kepakan dua sayapnya, demikian pula manusia yang terbang menuju ketinggian dengan tekad dan cita-citanya bebas dari belenggu yang mengikat tubuhnya.



Ibnu Qutaibah pernah berkata: "Seorang yang merdeka takkan rela kecuali berada di ketinggian bagai bola api yang hendak dipadamkan oleh pemiliknya, namun ia enggan dan terus menjulang ke angkasa."



Al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauzi berkata: "Ketahuilah bahawa seorang hamba menempuh perjalanannya menuju Allah dengan hati dan semangatnya, bukan dengan tubuhnya. Sesungguhnya hakikat taqwa itu ada di dalam hati, bukan pada anggota tubuh. Allah swt berfirman: 'Demikianlah (perintah Allah) dan barangsiapa mengagongkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu timbul dari kekuatan hati.' (Al-Hajj:32) dan firman-Nya lagi: 'Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah swt, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.' (Al-Hajj:37)

Rasulullah saw bersabda: 'Ketaqwaan itu ada di sini (sambil menunjuk dada baginda).'"



Maka orang yang cerdas melintasi jalan panjang disertai dengan semangat, kemahuan yang kuat, cita-cita yang tinggi, tujuan yang murni dan niat yang ikhlas. Namun ada ramai orang malas yang melintasi jalan itu dengan penuh kelelahan, amal yang sangat sedikit dan perjalanan yang teramat berat. Mereka tidak tahu bahawa dengan tekad yang membaja dan cinta yang mendalam, kesulitan itu dapat disingkirkan dan perjalanan menjadi mudah dilalui. Melangkah maju menuju Allah hanya dapat dilakukan bila disertai dengan kemahuan yang kuat, kejujuran dan kebebasan.



Seorang yang memiliki kebebasan dan kemahuan kuat dapat membawa orang lain bersamanya. Petunjuk yang sempurna hanya Rasulullah saw. Baginda saw sentiasa menepati haknya pada kedua sudut ini. Kesempurnaannya sebagai manusia dan kemahuannya yang kuat membuat telapak kakinya bengkak kerana Qiyamullail yang baginda lakukan setiap malam. Puasa yang baginda sentiasa lakukan membuat para sahabat menduga bahawa baginda tidak pernah berbuka. Baginda berjihad pada jalan Allah, berinteraksi dengan para sahabat dan tidak menjauhkan diri dari mereka. Baginda tidak pernah meninggalkan amalan sunnahnya serta wirid hariannya. (al-Jawabul Kaafi, Ibnul Qayyim Al-Jauziyah)


Posted by Tajul Arifin bin Che Zakaria @dakwahtuna..




moga bermanfaat.jzkk~
suhahuriyah

Wednesday, October 13, 2010

Because You Love Me



Kita tak pernah keseorangan,
Kerna Allah sentiasa bersama dengan kita. ^_^

Terima kasih Allah!


Merindui saifunnisa' yang berada di terengganu,
mus'ab

Sunday, October 10, 2010

Welcome Home Batch 22..(^^,)

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Batch 22 telah selamat mendaftarkan diri di kampus Melaka 2 minggu yang lepas. Terpancar muka yang excited dan semangat berkobar-kobar di muka adik-adik. Seperti biasa, beberapa aktiviti telah dijalankan sempena meraikan kedatangan mereka. Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada Hawariyyun, Saifunnisa, Badar 313, dan core group Batch 21..

Aktiviti Pertama (22 September 2010)


Pada malam itu, senior dan junior berpeluang untuk berkongsi pengalaman tentang perjalanan kehidupan di kampus Melaka. Senior juga tidak melepaskan peluang bertanyakan khabar bumi Manipal yang dirindui. Di samping itu, juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lodeh, dan lain-lain lagi dihidangkan sebagai alas perut. Masa berjalan dengan begitu pantas. Lucky draw  dan sesi gambar beramai-ramai telah dilakukan sebagai penutup tirai malam itu..

Cenderahati yang comel..(**,)


Aktiviti 2 (24 September 2010)
Bowling time! Senior dan junior telah berganding bahu di dalam kumpulan masing-masing untuk meraih gelaran juara. Hehe, semua peserta kelihatan berpulun untuk melakukan 'strike'. Walaupun kepenatan ber posting di sesi pagi, senyuman masih terukir  di wajah mereka..
Semangat senior dan junior..(~,^)
Aktiviti 3 (29 September 2010)
Aktiviti yang paling digemari iaitu makan ikan bakar di Sungai Duyung yang merupakan makanan popular di negeri Melaka. Alhamdulillah, makanan pada malam itu sungguh enak sehingga menjilat jari. Huhu..
Sangat sedap..(^^,)
P/s : Aktivit seterusnya akan dijalankan tidak lama lagi. Diharap adik-adik dapat menyertainya nanti. Hope to meet you guys soon, insyaAllah..=)


60vus4eva

Friday, October 8, 2010

kerna Allah itu sangat menyayangi hambaNya

Bismillahirrahmanirrahim


Salam,

Harapnya hari ini lebih baik daripada semalam. Lebih baik dalam erti kata ibadah kita, study kita, susunan atur masa kehidupan kita.

Bersyukur pada Allah yang tidak terhingga untuk kakak-kakak yang telah bergelar doktor dan berjaya dengan cemerlang dalam P2S1.

Dapat merasai betapa leganya hati antum pabila rintangan ini telah berjaya dihadapi. Pada Allah kita panjatkan kesyukuran.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Buat yang kurang berjaya, sesungguhnya antum juga orang-orang yang lebih cemerlang kerana antumlah insan-insan yang terpilih!

Allah telah memilih antum untuk menerima ujian ini.

Apa yang kita lihat di papan kenyataan hanyalah tulisan di atas cebisan kertas yang dicipta oleh manusia.

Namun, yang tersirat disebalik nya adalah ketetapan Allah, yang amat amat pedulikan kita.

Antum malah amat beruntung! Allah menguji antum di dunia, untuk menguatkan lagi hati hambaNya.

Jangan risau ya, Allah sentiasa ada dengan kita. Kami sentiasa bersama antum, insyaAllah.

Sayangnya Allah pada hamba-hambaNya, walaupun kadangkala pahitnya apa yang kita rasa.

Manisnya pasti kita temui di hadapan, pelangi indah pasti Allah hamparkan!

Hadapilah dengan penuh kesabaran. Dan, sesungguhnya sabar itu pada pukulan yang pertama.


Semoga Allah memudahkan urusan kita, walau dimana kita berada.

Apa yang telah terjadi juga adalah 'wake up call' untuk kami, adik-adik untuk terus berjuang di medan ini.

Jazakumullah khairan kathira!

Doa yang tidak putus-putus kami titipkan, hanya Allah sahaja yang tahu betapa kami amat menyayangi antum.

Kita sama-sama telusuri jalan ini ya.

Rabbuna yusahhil!^_^




sayang antum fillah,
mus'ab.
 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates