Alhamdulillah. Program "Ketika Cinta Berusrah" telah berjaya dijalankan di Surau Al-Muntaqqin pada 23 April 2010 dengan kehadiran seramai ** muslimat. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang membantu perjalanan program ini.
Program dimulakan pada jam 9.20 pm dengan tayangan video mengenai surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran Surah al-Furqan 25:63-77 yang menceritakan sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan dan akan dibalas dengan martabat yang tinggi di syurga kelak. Antara golongan yang dimaksudkan adalah mereka yang tawaduk, selalu mengucapkan kata-kata yang baik, suka bertahajjud di malam hari, takut akan seksaan Allah, bersederhana dalam berinfak, menjauhi sifat syirik dan perbuatan zina serta sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah.
Program diteruskan dengan sesi pengenalan dan peringatan mengenai usrah oleh Kak Sumayyah. Sebelum itu, para hadirin diajak merenung kembali beberapa persoalan yang penting. Antaranya: Mengapakah aku dijadikan di atas dunia ini? Siapakah aku sebenarnya dan apa yang aku perlu buktikan selama aku hidup di dunia ini? Bagaimana pengakhiranku? Mampukah aku mendiami syurga Allah dengan keadaanku sekarang?
Para hadirin diperkenalkan dengan analogi telur.
Program diteruskan dengan sesi pengenalan dan peringatan mengenai usrah oleh Kak Sumayyah. Sebelum itu, para hadirin diajak merenung kembali beberapa persoalan yang penting. Antaranya: Mengapakah aku dijadikan di atas dunia ini? Siapakah aku sebenarnya dan apa yang aku perlu buktikan selama aku hidup di dunia ini? Bagaimana pengakhiranku? Mampukah aku mendiami syurga Allah dengan keadaanku sekarang?
Para hadirin diperkenalkan dengan analogi telur.
Yang manakah lebih penting, telur putih atau telur kuning? Jika dilihat secara saintifik, telur kuning itulah yang menjadi anak ayam dan telur putih pula bertindak sebagai sumber keperluan yang menyokong tumbesaran anak ayam itu. Telur kuning diibaratkan sebagai matlamat manakala telur putih sebagai alat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut seperti ilmu, teknologi, kerjaya, harta dan sebagainya. Matlamat hidup kita di muka bumi ini telah pun difirmankan Allah yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Al-Dhariyat 51:56)
Dalam erti kata lain, segala urusan yang kita lakukan di atas muka bumi ini hendaklah bertujuan mendapat keredhaan Allah. Tersasar dari matlamat ini akan menyebabkan umat manusia tersasar dari tujuan hidup. Namun hari ini, manusia lebih fokus kepada telur putih sehinggakan kadangkala telur putih itu menolong menghancurkan telur kuning. Inilah yang menyumbang kepada kejatuhan umat Islam pada 1924 dengan penghapusan sistem Khalifah dari muka bumi ini.
Manusia juga menghadapi pelbagai cabaran alaf baru yang sentiasa menyimpangkan kita daripada jalan menuju Allah. Cabaran ini adalah hasil buah fikiran musuh Islam yang cuba mengembangkan cara hidup berteraskan sekularisme dan kebendaan. Strategi ini berbentuk serangan pemikiran (ghazwatul fikir), keruntuhan akhlak wanita, kelunturan pegangan agama, cabaran media serta cabaran syaitan dan hawa nafsu.
Di sinilah lahirnya kepentingan tarbiyah atau proses pembentukan diri bagi mewujudkan generasi mukmin sebenar untuk mengembalikan kedudukan Islam yang sebenar. Tarbiyah juga penting bagi melahirkan generasi yang "wahan free" (Wahan = cintakan dunia, takutkan mati). Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menjadikan tarbiyah sebagai agenda utama baginda ketika memulakan dakwahnya di Mekah.
Di samping itu, tarbiyah bukan sahaja terhad kepada usrah, malah tarbiyah juga meliputi pelbagai mekanisme yang lain seperti daurah, mukhayyam , rehlah, riadah dan sebagainya. Apa yang menarik tentang usrah ialah kita bukan sahaja dapat menuntut ilmu dunia dan akhirat Bahkan, dalam usrah ada bekalan iman & takwa serta semangat dan peringatan. Dalam usrah juga ada ukhwah dan kasih sayang. Seperti yang difirmankan oleh Allah:
"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Anfal 8:63)Semoga kita semua menjadi rijal harapan untuk mengubah umat ini. Insya-Allah.
P/S: Photos of KCB to be updated soon. Keep tuning in!