Thursday, March 17, 2011

Bahasa Anak Mata

Salamu'alaik buat semua.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

Alhamdulillah,pagi tadi saya belajar satu lagi perkara baru-bahasa anak mata.

bila mula-mula dengar penceramah pagi tadi (slot motivasi di radio IKIM) bentangkan tajuk beliau,saya tertanya-tanya .Apa tu bahasa anak mata?
Secara ringkasnya,anak mata akan bergerak pada arah tertentu,apabila otak kita melakukan sesuatu perkara.

mari sama-sama faham bahasa anak mata ni.
  • bergerak ke arah atas kanan-membina imej-imej baru (visual construction) -sebagai contoh,kalau seseorang tersebut tak pernah sampai ke London,dan diminta membayangkan suasana Kota London.
  • bergerak ke arah atas kiri - mengingat iemj-imej yang pernah dilihat (visual recall).sebagai contoh-apakah warna pintu rumah anda?
  • bergerak kesebelah kanan (searas dengan cuping telinga)-membina memori bunyi yang baru (sound construct)
  • bergerak ke sebelah kiri (searas dengan cuping telinga)-sound recall
  • bergerak ke arah bawah kanan-melibatkan perasaan.sebagai contoh,bermain-main dengan perasaan sendiri
  • bergerak ke arah bawah kiri-monolog (internal dialog)
jadinya.apa kegunaannya apabila kita faham bahasa anak mata?

perkara ni,boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian-contohnya ketika membaca buku-letaklah buku anda pada sebelah atas kanan,agar imej-imej buku tersebut mudah terbentuk dalam minda separa sedar anda.

apabila menjawab peperiksaan,letaklah kertas soalan pada sebelah atas kiri anak mata-agar mudah nak mengingat imej-imej yang dah terbentuk dalam minda anda.

sekian,semoga bermanfaat.:)

1 comment:

  1. Assalamualaikum.....sesiapa berminat utk mendalami teknik bahasa anak mata nie, boleh hubungi kami di pusat pembelajaran berterusan universiti teknikal malaysia melaka.....06 283 3401 atau layari website ppb utem.....anyway, nice blog!

    ReplyDelete

 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates