Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Semoga Allah mudahkan rasa hati.

Assalamualaikum.
Alhamdullillah,atas ni'mat Allah yang tak putus-putus kita terima.:)

Boleh dikatakan rata-rata batch sedang berada di ambang peperiksaan ,malah ada yang dah memulakan pertempuran dengan peperiksaan.

Bila tiba,musim peperiksaan ,macam-macam perasaan ada.Semoga Allah mudahkan rasa hati.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan ,sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan (Al-Insyirah : 5-6)
berusaha!^^

Thursday, February 10, 2011

Mengenali Bulan Rabi'ul Awal

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. Bulan ketiga dalam kalendar Hijrah ini membawa satu peristiwa besar yang menjadi ingatan kepada seluruh umat manusia. Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gubernur Irbil, di Irak pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). 

Ada yang berpendapat bahwa pendapat itu sendiri berasal dari Sultan Salahuddin sendiri. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam usaha mendapatkan kota Jerusalem. 

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw.

Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa Nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.

Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah

Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.

Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.

Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah

Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq

Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

referral:al-azim.com

Sunday, January 30, 2011

Kenapalah Engkau Malas Sembahyang?


Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri engkau jasad lengkap dengan bayang-bayang,
Tidakkah lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri roh malam dan siang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Hendak makan minum pun dah senang,
Negara aman bukan perlu berperang,
Lima minit untuk lima waktu pun tak boleh luang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Allah beri akal supaya engkau berbeza dengan binatang,
Allah beri ilmu boleh berfikir susah dan senang,
Allah beri banyak nikmat kenapa tidak dikenang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Main bola sanggup sampai ke petang,
Beli tiket konsert sanggup beratur panjang,
Engkau ingat boleh masuk syurga dengan senang?
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Ingatlah umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat, petang boleh kaku kejang,
Dalam kubur nanti jawablah seorang.
...
Kenapalah engkau malas sembahyang?
Siksa neraka cubalah dibayang,
Masa di akhirat terlalu panjang,
Janji Allah pasti datang tidak terhalang.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,
Sematkanlah kata-kata ini sebagai peringatan,
Fikirkan sejenak kepada pesanan:
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
"Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."- Surah Ibrahim:40
Sumber: sini

Monday, January 24, 2011

Aku Seorang Musafir

Salamun'alaik buat semua.:)

Coretan seorang remaja berusia 15 tahun untuk kita yang sudah 'berusia' merenungkan erti hidup ini..


AKU SEORANG MUSAFIR...

     Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Aku ibarat seorang musafir yang berehat di sebuah pohon lalu meninggalkannya...

Maka, saya lantas termenung seketika. Setelah mempraktikkan diri sebagai seorang musafir yang berehat di atas muka bumiNya, sukar benar rasanya.

Di sini ingin saya pinjam fikiran saudara untuk berimaginasi seketika. 

Cuba bayangkan saudara sedang bermusafir di tempat orang (bumi Allah).

Tiada apa yang dibawa. Menumpang di rumah orang untuk berehat. Pasti kita akan menjaga adab sebaik mungkin supaya nampak molek pada pandangan tuan rumah sehingga mahu ke tandas perlu meminta izin. Dan kita sebagai seorang yang musafir, pasti merindui kampung halaman. Dalam bermusafir kita akan singgah ke mana-mana kedai cenderahati untuk dibawa pulang hadiah bagi orang di kampung halaman. Tentu tidak dilupakan buah tangan untuk tuan rumah yang menumpangkan kita. Habis kurang pun, kita berkhidmat sedikit sebagai tanda  penghargaan. 

JADI SEBAGAI KESIMPULAN: 
  • Kita sebagai hamba Allah berehat sebentar di bumiNya sebelum kebali ke tempat asal kita.
  • Kita harus menjaga akhlak dan batas-batas syariatNya di muka bumiNya.
  • Kita mesti berkhidmat semampu daya di bumiNya kerana Rasulullah bersabda: "Paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak bermanfaat."
  • Kita harus merindui kematian kerana Rasulullah bersabda: "Orang yang paling bijak di antara kamu ialah mereka yang mengingati mati dan menyediakan bekal untuknya."     
  • Kita harus menyediakan bekal untuk menghadapNya.
  • Meninggalkan kebaikan di tempat berehat sebelum pulang kepadaNya
        Jadi jelas di sini pendekatan yang Rasulullah gunakan dalam hadisnya sangat sesuai untuk diaplikasikan sebagai seorang hamba. Juga sebagai cara membuang rasa takabbur dengan meletakkan Allah S.W.T di hadapan dan tidak cuba untuk menandinginya. 

     Jika Rasulullah menggunakan perkataan "aku ibarat seorang sultan" atau " aku ibarat seorang pejuang" pasti ada rasa takabbur dan zalim kerana tidak meletakkan diri kita sebagai seorang hamba di tempatnya. 

         Sampai di sini saja mampu saya coretkan. Semoga dapat dipertimbangkan.

" Islam is based on learning the din and acting on it"  (Syaikh Hamza)...


Assalamualaikum.
-Dai'e Rangers-

Monday, August 2, 2010

Cinta Ibu Bapa^_^

Assalamualaikum wbt...



Apa khabar semua?mengira hari, menanti kehadiran Ramadhan..ahlan wasahlan..8 hari lagi..mari sibukkan diri menyucikan jiwa agar ramadhan yang bakal datang terasa manisnya :)

Sebelum itu ingin dikongsikan sebuah entri berkisar 'cinta ibu bapa'..moga bermanfaat..insya Allah :)


Kehidupan sehari-hari berlalu dengan penuh ujian Ilahi untuk mengukur sejauh mana ketaatan seorang hamba kepada Sang Khaliq. Ku pohon agar hidup ini ditempuhi dengan pedoman tarbiyah dariNya..Kehidupan yang lepas dijadikan pengajaran, lompang-lompang dalam diri dijadikan sempadan untuk memperbaiki diri..Diri oh diri..


Semakin hari semakin mencabar,mengenangkan kesibukan diri memohon agar Allah swt sentiasa memelihara hati-hati kita agar sentiasa dibasahi Nur KasihNya. Semoga sentiasa dalam peliharaan Ilahi.. Kami mohon padaMu  Ya Allah, permudahkanlah urusan kami dalam mencari keredhaanMU agar tenang langkah ini bergerak sesusah mana pun ujianMU.

Baru pulang dari umah...rindu rasanya, setelah sekian lama tak pulang...syahdu melihat wajah ayah dan ibu, mengenangkan pengorbanan mereka, betapa sayangnya mereka kepada kita...subhanallah Allah swt Yang Maha Mengetahui...Perasaan yang wujud dek sebab izinNya...menggerakkan jari jemari ini menghasilkan sebuah karya untuk parents-parents kita di rumah yang insya Allah tak putus doa mereka untuk kita...



CINTA Ibu Bapa..satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui mereka lah kita berpeluang merasai hidup di alam dunia ini, masih ingat sewaktu kita masih kecil bagaimana mereka memanjakan kita? mungkin kita xberapa ingat kan...tetapi apabila melihat bagaimana mak n bapak melayani cucu mereka...syahdu lak, mesti dulu masa kecik pun mereka bermain begini dengan kita. Berpikir lagi, melalui mereka jugalah kita dihantar ke sekolah yang baik-baik, tuisyen, dengan dorongan merekalah kita rajin menelaah pelajaran sehingga mencapai kejayaan suatu ketika dahulu...masih ingat?? Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.

Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.

Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.

Riwayat Al-Tirmizi
Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
Al- Ahqaf: 15

Ya Allah kasihanilah kedua orang tua kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...sambungkan hati-hati mereka kepada taliMu Ya Allah agar mereka bisa merasai kelazatan nikmat iman ini Ya Allah, merasai anugerah Islam dan Ihsan dengan sepenuh hati. Mereka banyak berkorban untuk kami, sehingga tidak meminta walau setitik balasan pun. begitu dahsyat keikhlasan hati seorang ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak mereka.

"Jika di amati ayat surah Al-Ahqaf di atas betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tidak di kira lagi karenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah AKHLAK yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa." ( sepotong rangkap diambil dari seorang sabahat)

Mereka adalah amanah Allah untuk kita...Tidak pernah mereka merungut membesarkan kita.Kerana itu mengukir kegembiraan di hati mereka...
Tetapi mungkin pernah jika kita tidak dapat mengurangkan beban mereka...pikir balik...tak mampukah kita sebagai anak untuk itu?Jom berusaha kearah itu...Ingin dikongsikan sepotong rangkap yang terbaca di layar internet..

"Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH  swt juga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. "

Mari kita teliti Firman Allah swt dibawah : 
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Al-Isra’: 23
Moga ayat ini mampu menguatkan rasa gerun kita terhadap layanan standard yang diarahkan oleh Yang Maha Esa agar dapt kita praktikkan...

"Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya."



Sesibuk mana pun kita, hanya ingatan Tulus kepadaNya yang bisa memandu hidup ini..Tidak lupa menDoakanlah ibu bapa kita selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu. Moga dengan kesenangan parents kita bisa memudahkan hidup kita dengan izinNya...Ukirkanlah senyuman di wajah, kesenangan dan kegembiraan di hati mereka..Selalu..insya Allah..moga dimudahkan..ameen^_^

by suha huriyah
 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates