Nama tu amat terkesan di hati saya. Dan mungkin menjadi pemangkin diri sejak akhir-akhir ini. Tempat muhasabah kembali di saat-saat rasa down. Mungkin bukanlah selalu, tetapi memegang angan-angan juga kalau boleh jadi seperti dia.
Peribadinya, yang sentiasa merendah diri. Bersahabat hanya kerana mengharap keredhaan Allah semata-mata. Hatta dirinya dianiaya, dia tetap menyalahkan diri sendiri kerana tak bisa membuatkan orang tersebut memahami islam yang sebenarnya.
Sikapnya yang penuh dengan kasih sayang, ketabahannya dalam menDF [dakwah fardhiah] kawan2 dan junior2nya tanpa merasa lelah, penat, dan putus asa. Penuh kreatif dan islamik.
Pemahamannya dalam dakwah ini juga mendalam. Character dirinya sebagai seorang yang dihormati, bijak mengurus masa, instead of tanggungjawabnya yang sangat banyak. Kata-katanya yang bisa sahaja menyentuh sesiapa sahaja yang mendengar. Segalanya lahir dari hati yang bersih, bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.
Sedangkan saya yang sangatlah jauh dengan dia, hanya mendengar cerita tentang dia sahaja, sudah cukup bermotivasi dengan sikapnya.
Walaupun dia sebenarnya hanyalah watak dalam novel sahaja!
Satu lagi karya dari Hilal Asyraf. Watak utama dalam novel ini boleh lah dikatakan antara Irfan dan sahabat karibnya, Rashid. Tidak perlulah saya mengulas panjang, nak tahu cerita lebih lanjut, kenalah baca ya! Sungguh, tak rugi!^_^
Refleksi diri. Ramadhan kali ini diharapkan kita berusaha sedayanya untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah. Memang mudah kita katakan pada teorinya, sejauh manakah kita mengamalkan dan memanifestasikan dalam kehidupan kita?
"...Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.." (Baqarah:197)
Boleh juga diumpamakan taqwa itu ibarat roh atau perasaan takut , beringat dengan kehadiran Allah yang sentiasa memerhatikan kita tak kira kita tidur atau jaga. Sama juga macam sifat ihsan. Merasai seolah-olah kita berhadapan dengan Allah dan paling tidak merasai Allah melihat kita setiap saat, malah Allah itu lebih dekat dari urat leher kita sendiri. (Qaf: 16)
Maha Suci Allah yang menciptakan segala-galanya yang ada di dunia ini.
Setiap kali mendengar seruan " Wahai orang-orang yang beriman!", hati saya sangat berharap agar ia bergetar hebat, cuba menghayati yang ia benar-benar diturunkan kepada diri kita.
Seperti para sahabat yang sentiasa menunggu-nunggu apakah tunjur ajar, suruhan atau larangan, yang datang selepas seruan ini untuk dilaksanakan dengan penuh TELITI, penyerahan MUTLAK, penuh KEREDHAAN dan tidak teragak-agak.
Moga setiap ayat yang dibaca, dihayati dan ditelusuri maknanya dalam-dalam.
Moga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang bersejarah buat diri kita, istiqamah dalam amalan, diharapkan taqwa yang diidamkan menjadi bekal sepanjang tahun sebelum bertemu ramadhan akan datang, insyaAllah.
Yuk, anjaklah paradigma kita!
al faqir ilallah,
mus'ab
No comments:
Post a Comment