Monday, May 3, 2010

Ketika Cinta Berusrah: A Recap

Alhamdulillah. Program "Ketika Cinta Berusrah" telah berjaya dijalankan di Surau Al-Muntaqqin pada 23 April 2010 dengan kehadiran seramai ** muslimat. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK yang membantu perjalanan program ini.

Program dimulakan pada jam 9.20 pm dengan tayangan video mengenai surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran Surah al-Furqan 25:63-77 yang menceritakan sifat-sifat hamba Allah yang mendapat kemuliaan dan akan dibalas dengan martabat yang tinggi di syurga kelak. Antara golongan yang dimaksudkan adalah mereka yang tawaduk, selalu mengucapkan kata-kata yang baik, suka bertahajjud di malam hari, takut akan seksaan Allah, bersederhana dalam berinfak, menjauhi sifat syirik dan perbuatan zina serta sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah.

Program diteruskan dengan sesi pengenalan dan peringatan mengenai usrah oleh Kak Sumayyah. Sebelum itu, para hadirin diajak merenung kembali beberapa persoalan yang penting. Antaranya: Mengapakah aku dijadikan di atas dunia ini? Siapakah aku sebenarnya dan apa yang aku perlu buktikan selama aku hidup di dunia ini? Bagaimana pengakhiranku? Mampukah aku mendiami syurga Allah dengan keadaanku sekarang?

Para hadirin diperkenalkan dengan analogi telur. 


Yang manakah lebih penting, telur putih atau telur kuning? Jika dilihat secara saintifik, telur kuning itulah yang menjadi anak ayam dan telur putih pula bertindak sebagai sumber keperluan yang menyokong tumbesaran anak ayam itu. Telur kuning diibaratkan sebagai matlamat manakala telur putih sebagai alat dan cara untuk mencapai matlamat tersebut seperti ilmu, teknologi, kerjaya, harta dan sebagainya. Matlamat hidup kita di muka bumi ini telah pun difirmankan Allah yang bermaksud:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
(Al-Dhariyat 51:56)

Dalam erti kata lain, segala urusan yang kita lakukan di atas muka bumi ini hendaklah bertujuan mendapat keredhaan Allah. Tersasar dari matlamat ini akan menyebabkan umat manusia tersasar dari tujuan hidup. Namun hari ini, manusia lebih fokus kepada telur putih sehinggakan kadangkala telur putih itu menolong menghancurkan telur kuning. Inilah yang menyumbang kepada kejatuhan umat Islam pada 1924 dengan penghapusan sistem Khalifah dari muka bumi ini.

Manusia juga menghadapi pelbagai cabaran alaf baru yang sentiasa menyimpangkan kita daripada jalan menuju Allah. Cabaran ini adalah hasil buah fikiran musuh Islam yang cuba mengembangkan cara hidup berteraskan sekularisme dan kebendaan. Strategi ini berbentuk serangan pemikiran (ghazwatul fikir), keruntuhan akhlak wanita, kelunturan pegangan agama, cabaran media serta cabaran syaitan dan hawa nafsu.

Di sinilah lahirnya kepentingan tarbiyah atau proses pembentukan diri bagi mewujudkan generasi mukmin sebenar untuk mengembalikan kedudukan Islam yang sebenar. Tarbiyah juga penting bagi melahirkan generasi yang "wahan free" (Wahan = cintakan dunia, takutkan mati). Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menjadikan tarbiyah sebagai agenda utama baginda ketika memulakan dakwahnya di Mekah.

Di samping itu, tarbiyah bukan sahaja terhad kepada usrah, malah tarbiyah juga meliputi pelbagai mekanisme yang lain seperti daurah, mukhayyam , rehlah, riadah dan sebagainya. Apa yang menarik tentang usrah ialah kita bukan sahaja dapat menuntut ilmu dunia dan akhirat Bahkan, dalam usrah ada bekalan iman & takwa serta semangat dan peringatan. Dalam usrah juga ada ukhwah dan kasih sayang. Seperti yang difirmankan oleh Allah:

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Anfal 8:63)

Semoga kita semua menjadi rijal harapan untuk mengubah umat ini. Insya-Allah.

P/S: Photos of KCB to be updated soon. Keep tuning in!

Sunday, April 18, 2010

Ketika Cinta Berusrah


Salam.

We are organizing a programme called Ketika Cinta Berusrah.

Date
  : Friday, April 23, 2010
Time     
  : 9:00pm - 11:00pm
Venue 
  : Surau Al-Muttaqin (Next to Gazebo)
Speaker 
 : Kak Sumayyah Abdul Aziz

All muslimat are invited. The more the merrier. :)
Let us take this opportunity to establish and strengthen Ukhwah Islamiyah. 

"Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Anfal 8:63)
 

Thursday, April 15, 2010

Sharing Is Caring - Want To Be An Excellent Muslim Doctor??

A Talk By Dr Zainal & Dr Maimunah

Assalamualaikum wbt. 
Satu program "sharing is caring" telah diadakan di Pejabat JIM pada 3 April 2010 jam 2.30 hingga  5.00 petang. Seramai 46 muslimat dan 8 muslimin telah menghadirkan diri diwakili dari batch senior dan junior, batch 17, 18, 19, 20 dan 21. Bertujuan semata-mata mengukuhkan ikatan silaturrahim antara batch-batch di MMMC. Insya-Allah...Ameen...

Sepanjang talk, intipati yang ditekankan ialah ukhuwwah rabbaniah, di mana Islam itu kuat kerana persaudaraan yang kuat dibina atas dasar iman dan taqwa kepada Yang Maha Esa. Asasnya demi mencari keredhaanNya. Di mana, kita sedia maklum bahawa majlis ilmu adalah merupakan taman-taman syurga di dunia. Sesiapa yang tidak mencium haruman Syurga di dunia, mana mungkin dia akan dapat mencium haruman syurga di akhirat nanti. Sebagaimana yang diajarkan kepada kita agar menjadi antara empat golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari akhirat sebagaimana Allah berseru di dalam hadis Qudsinya :

    "Di manakah orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, yang saling ziarah menziarahi kerana-Ku, yang saling duduk kerana-Ku dan saling nasihat menasihati kerana-Ku, pada hari ini, aku tempatkan mereka dalam naungan-Ku pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Ku..”.

Kesimpulan yang dapat diambil daripada talk yang diberikan ialah EXCELLENT nyer kite adalah bergantung kepada izin ALLAH SWT atas usaha dan keringat yang kita taburkan demi mencapai kejayaan dan kegemilangan tersebut. Allah s.w.t telah mencipta umat Islam umat yang cemerlang kerana ukhuwwah yang tulus kerana-Nya dan doa sekalian hambaNya yang menginginkan pertolonganNya disamping usaha, strategi dan tawakkal kepada-Nya. Seperti firman Allah dalam surah An-Nasr:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat. "

Moga sekalian para Malaikat telah datang memberikan rahmat kepada mereka yang telah menghadirinya dan  berkat dari Allah SWT disusuli sepanjang zaman. Iinsya-Allah.. Ameen..^_^
Remember : The COLORS (excellence) are from the ALLAH THE ALMIGHTY. Grab it by performing your duty to Allah. InsyaAllah...Ameen ^_^ 


Pamplet promosi program:



 

SISTERS UNITED | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates